Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nautilus


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NAUTILUS

Nautilus ialah haiwan laut yang mempunyai

badan yang lembut yang sebahagiannya ditutup

oleh cangkerang yang berlingkar. Nautilus

tergolong ke dalam kelas haiwan yang sama

dengan sotong dan sotong kurita. Cangkerang

nautilus mengandungi kira-kira 30 ruang yang

digarisi oleh bahan berwarna pelangi yang dikenali

sebagai gewang atau nakre . Bahan ini

menyebabkan haiwan ini juga biasanya dikenali

sebagai nautilus mutiara . Nautilus tinggal pada

kedalaman antara enam meter hingga 300 meter di

Lautan Pasifik Selatan dan Lautan Hindi. Ia makan

ketam dan haiwan krustasia lain. Terdapat kira-kira

enam jenis spesies nautilus yang ada pada hari ini.

Sekurang-kurangnya terdapat 2000 bentuk fosil

daripada jenis ini yang diketahui.

UMUM 
RICKOVER, HYMAN GEORGE

Rickover, Hyman George (1900–1986) ialah

pegawai angkatan tentera laut Amerika, perintis

pembinaan Nautilus, kapal selam pertama yang

menggunakan kuasa nuklear. Pada tahun 1965, dia

dianugerahkan Pingat Enrico Fermi, anugerah sains

atom Amerika Syarikat yang tertinggi. Rickover

telah menghasilkan Education and Freedom (1959),

yang mengandungi pendapatnya tentang

pendidikan.

UMUM 
SOTONG

Sotong ialah moluska laut (haiwan yang berbadan

lembut tidak bertulang) yang serupa dengan sotong

kurita, nautilus dan sotong katak. Sotong hidup di

semua laut, biasanya di laut dalam. Ia sering

berenang dalam kumpulan yang besar.

UMUM 
ARGONAUT

Argonaut ialah haiwan laut yang sama kelasnya

dengan kurita dan cumi-cumi. Argonaut hidup di

permukaan laut panas di dunia tempat ia memakan

ikan kecil. Ia berenang dengan menolak pancutan air

melalui sifon, suatu organ berbentuk tiub di bawah

kepalanya. Argonaut betina panjangnya sehingga 15

sentimeter. Argonaut jantan jarang membesar lebih

daripada 2.5 sentimeter panjang. Seperti kurita,

argonaut mempunyai lapan lengan. Dua daripada

lengan argonaut betina berbentuk seperti kipas.

Semasa kedua-duanya bercantum, ia beransur-ansur

membentuk cangkerang yang keras bak kertas yang

melindungi telurnya yang halus. Nama nautilus kertas

yang sering digunakan bagi haiwan ini berasal

daripada cangkerang yang rapuh. Cangkerang ini

ditanggalkan selepas telur menetas. Argonaut jantan

tidak membentuk cangkerang.

Pengelasan saintifik. Argonaut tergolong dalam

famili sefalopod, Argonautidae. Argonaut biasa ialah

Argonauta argo.

UMUM 

Kembali ke atas