Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ tetangga negara yg berjiran (mempunyai sem­padan yg sama); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = ~ tetangga negara yg berdekatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
negara (kata nama)
Bersinonim dengan negeri, wilayah, provinsi, tanah air, tanah tumpah darah, benua, nusa, pura, zamin, bilad, balad, kawasan, zon, daerah, jajahan, taklukan empayar.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POKOK BERINGIN

Pokok beringin ialah sejenis pokok ara yang

tumbuh di India dan negara-negara jiran. Satu

pokok beringin mempunyai banyak batang dan

boleh kelihatan seperti hutan kecil. Pokok ini

tumbuh dengan pelik. Burung menggugurkan biji

beringin ke atas dahan teratas pokok palma dan

pokok-pokok lain. Biji ini bercambah di atas silara

pokok dan dahan pun tumbuh. Akhirnya, dahan

mengeluarkan akar yang mencecah tanah. Topang

ini kemudiannya membesar menjadi batang dan

tumbuh dahan baru. Lama-kelamaan, pokok

beringin membunuh pokok topang dengan

menjerutnya.

UMUM 
MONTSERRAT

Montserrat ialah wilayah tanggungan United

Kingdom (UK) di Laut Caribbean. Ia merupakan salah

sebuah daripada Kepulauan Leeward di Hindia

Barat. Negara-negara jiran Montserrat ialah Antigua

dan Barbuda di timur laut, Guadeloupe di tenggara,

dan St. Christopher dan Nevis di barat laut. Ibu

wilayah Montserrat ialah Plymouth yang terletak di

pesisiran pantai barat.

UMUM 
SWAZILAND

Swaziland ialah negara kecil yang indah di

selatan Afrika. Negara jiran di sebelah utara, barat

dan selatannya ialah Republik Afrika Selatan,

sementara di timur ialah Mozambique.

UMUM 
MOZAMBIQUE

Mozambique ialah negara yang terletak di

pantai bahagian tenggara benua Afrika.

Negara ini terkenal dengan banyak pelabuhannya.

Kemudahan yang terdapat di pelabuhannya

digunakan oleh negara jiran. Maputo ialah ibu

negara, bandar terbesar dan pelabuhan utama.

Mozambique diperintah oleh Portugal dari awal

tahun 1500-an hingga tahun 1975, apabila ia

mendapat kemerdekaan selepas berjuang selama

sepuluh tahun menentang pemerintahan Portugal.

UMUM 
AMIN DADA, IDI

Amin Dada, Idi (1925?–2003) ialah pemerintah

Uganda dari tahun 1971 hingga 1979. Sebagai

seorang pegawai tentera, dia memegang kuasa

selepas mengetuai tenteranya untuk menggulingkan

kerajaan awam Uganda. Pemerintahannya berakhir

apabila rakyat Uganda menentangnya dan tentera

dari negara jiran Tanzania menggulingkan

kerajaannya. Amin kemudiannya melarikan diri dari

Uganda.

UMUM 
PENGAJIAN MELAYU DI THAILAND

PENGAJIAN  Melayu DI THAILAND, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di Thailand merupakan pengajian sampingan bermula bersama-sama penyebaran agama Islam khususnya di bahagian selatan Thailand.  Secara formalnya, pengajian Melayu di kawasan tersebut bermula di institusi pengajian agama yang dikenal sebagai sekolah pondok.  Di samping mempelajari agama Islam, pelajar diwajibkan mempelajari bahasa Melayu supaya mereka dapat memahami kitab agama yang ditulis dalam tulisan Jawi.  Struktur bahasa Melayu dipengaruhi struktur bahasa Arab.  Setelah sistem ejaan Rumi diperkenalkan di Malaysia dan Indonesia, maka sistem tulisan Rumi mula diperkenalkan di institusi-institusi tersebut supaya pelajar dapat membaca buku-buku agama yang diterbitkan dari negara jiran iaitu Malaysia dan Indonesia.  Walau bagaimanapun, tulisan Jawi lebih digemari daripada tulisan Rumi.  Kegemaran ini menyebabkan kerajaan Thailand mengistilahkan ‘bahasa Melayu’ sebagai ‘Bahasa Jawi’ dalam perlembagaannya.

BAHASAInstitusi/Organisasi
PORTUGAL

Portugal ialah negara yang terletak paling ke

barat di benua Eropah. Ia terletak di Semenanjung

Iberia. Sepanyol ialah jiran Portugal di bahagian

utara dan timur yang juga meliputi sebahagian

besar Semenanjung Iberia. Bahagian selatan dan

barat Portugal pula menghadap Lautan Atlantik.

Lisbon ialah ibu negara dan bandar raya Portugal

yang terbesar.

UMUM 

Kembali ke atas