PERSATUAN NELAYAN KEBANGSAAN | PERSATUAN NELAYAN KEBANGSAAN, persatuan yang menggabungkan berbagai-bagai persatuan nelayan tempatan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat nelayan. Persatuan ini lebih dikenal sebagai NEKMAT. NIKMAT ditubuhkan pada 27 Oktober 1985 dan dirasmikan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pertanian Malaysia, di Lumur, Perak. Persatuan ini didaftarkan pada 30 November 1985. | BUDAYA | Persatuan |
SANTUBONG | Santubong ialah sebuah perkampungan nelayan yang memiliki pantai yang indah. Ia juga terkenal dengan Gunung Santubong setinggi 2700 kaki dari paras laut, yang menjadi salah satu tarikan pelancong ke negeri Sarawak. Ia juga merupakan kawasan beberapa penemuan arkeologi. Ukiranukiran batu daripada pengaruh Hindu-Buddha telah ditemui di lembangan sungai Santubong. Majoriti penduduknya ialah orang Melayu. | UMUM | |
ANDREW, SAINT | Andrew, Saint ialah hawari pertama daripada 12 orang penganjur Jesus Christ. Dia ialah adik-beradik lelaki hawari Peter. Andrew ialah seorang nelayan dari Bethsaida, sebuah kampung di pantai utara Laut Galilee. | UMUM | Umum |
BANGAU | BANGAU, ukiran pada bahagian haluan perahu nelayan. Ukiran ini dikenal dengan nama bangau perahu kerana bentuk ciptaan asalnya menyerupai kepala seekor burung bangau. Bangau perahu hanya terdapat pada perahu kecil nelayan yang menggunakan dayung dan layar. Antara perahu nelayan yang memiliki bangau termasuklah kolek, bedar, sekoci, kolek kue dan payang. | BUDAYA | Konsep |
SCOTLAND, SEJARAH | Scotland, Sejarah. Peneroka awal di Scotland mungkin telah tiba pada akhir Zaman Ais terakhir. tetapi tinggalan arkeologi yang awal sehingga kini menunjukkan ia bertarikh dari kira-kira tahun 6000 S.M. Penghuni awal Scotland ialah pemburu dan nelayan yang berhijrah mengikut jalan laut dari selatan. Bilangan mereka sangat kecil dan sebahagian besarnya tinggal di kawasan pesisir. Kebudayaannya tergolong dalam Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan). | UMUM | |
SEKOCI | SEKOCI, sejenis pengangkutan di air yang digunakan oleh para nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia untuk ke laut menangkap ikan. Jenis sekoci yang besar berukuran antara 8.2 m hingga 8.5 m panjang dan 1.5 m lebar dan digunakan semasa menjaring atau memukat. Jenis sekoci yang kecil pula mempunyai ukuran antara 4.5 m hingga 4.9 m panjang dan 1 m luas bukaan perut di bahagian peminggang. Sekoci kecil digunakan oleh nelayan semasa ke laut mengolak ikan parang atau ke laut perai mengail tenggiri. | BUDAYA | Kenderaan/Pengangkutan |
PASANG SURUT | Pasang surut ialah turun naik paras air di kawasan perairan yang luas mengikut jadual masa yang tetap. Pasang surut mengawal kehidupan orang yang tinggal di sepanjang kawasan pantai dunia. Pasang surut juga penting bagi kanak-kanak yang berenang di tepi pantai. Kanak-kanak akan berenang semasa air sedang pasang dan mencari kepah di pantai semasa air sedang surut. Pasang surut air juga menandakan waktu bermula atau berakhirnya bagi nelayan menangkap ikan kerana nelayan memerlukan air pasang untuk keluar atau masuk pelabuhan. | UMUM | |
SAMOSET | Samoset (1590?–1655) ialah salah seorang Orang Asli Amerika yang menjadi sahabat awal kepada penduduk Pilgrim dari Tanah Jajahan Plymouth di Amerika Syarikat. Dia ialah sagamore (ketua) Orang Asli Amerika suku Pemaquid dan mula berhubungan dengan orang Inggeris apabila dia bertemu dengan beberapa orang nelayan Inggeris di pinggir laut Maine. Dia belajar sedikit bahasa Inggeris daripada mereka. Pada bulan Mac 1621, Samoset mengejutkan penduduk tanah jajahan Plymouth dengan muncul di jalan raya serta mengalu-alukan kedatangan mereka dalam bahasa Inggeris pasar. Kemudian, dia memperkenalkan para pemimpin tanah jajahan itu kepada Massasoit, ketua Orang Asli Amerika kawasan Plymouth. Pada tahun 1625, Samoset membuat surat ikatan pemindahan tanah Orang Asli Amerika kepada penduduk tanah jajahan Inggeris, iaitu yang dipercayai surat ikatan yang pertama. Dia memindahkan 4856 hektar tanah puaknya kepada John Brown, salah seorang peneroka di situ. | UMUM | |
PULAU LONG | Pulau Long (pend. 6 861 474) ialah pulau yang membentuk bahagian tenggara negeri New York. Jumlah penduduknya lebih besar daripada jumlah penduduk di 41 buah daripada 50 buah negeri di Amerika Syarikat. Pulau ini dipenuhi kawasan bandar yang sesak, kawasan subbandar yang besar, dan bandar kediaman yang lebih kecil. Ladang, perkampungan nelayan, dan pusat peranginan terletak di kawasan sebelah timur. Sebahagian daripada kawasan sebelah barat Pulau Long termasuk dalam kawasan New York City. | UMUM | |
PAYANG | PAYANG, sejenis perahu layar yang digunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan di laut dalam. Payang biasanya berukuran antara 10 m hingga 13 m panjang dan 1.8 m lebar di bahagian perut. Payang yang lebih besar mempunyai ukuran sehingga 13.7 m panjang dan 4 m lebar di bahagian tengah perut. Payang boleh nemuatkan antara 20 hingga 25 orang awak-awak. | BUDAYA | Kenderaan/Pengangkutan |