GAYA NEOKLASIK | Gaya neoklasik ialah gaya reka bentuk yang menggunakan inspirasi daripada seni dan seni bina klasik Yunani dan Rom. | KEJURUTERAAN | Konsep |
DAVID, JACQUES LOUIS | David, Jacques Louis (1748–1825), pelukis Perancis yang terkemuka semasa Revolusi Perancis dan dalam era Napoleon. Dia melukis khususnya dalam gaya neoklasik yang menekankan bentuk secara mantap berdasarkan bentuk model, unsur perincian yang realistik, dan komposisi yang berimbang. | UMUM | |
PHYFE, DUNCAN | Phyfe, Duncan (1768–1854) ialah pembuat kabinet dan pereka bentuk perabot Amerika yang terkenal. Phyfe mempopularkan gaya Persekutuan pada perabot Amerika. Dia meniru gaya ini daripada gaya neoklasik Inggeris yang terdapat pada pertengahan tahun 1700-an. | UMUM | |
LESSING, GOTTHOLD EPHRAIM | Lessing, Gotthold Ephraim (1729–1781), penulis drama, pengkritik dan ahli falsafah Jerman. Dia sering dianggap sebagai bapa kesusasteraan moden Jerman. Lessing membantu membebaskan penulisan Jerman daripada belenggu pengaruh neoklasik Perancis. Dia mengalih perhatian para penulis Jerman kepada kesusasteraan Inggeris, khususnya hasil karya Shakespeare. | UMUM | |
PIRANESI, GIOVANNI BATTISTA | Piranesi, Giovanni Battista ( 1720–1778), pelukis gambar teraan yang terkenal kerana karyanya tentang seni bina Rom lama. Hasil karya tersebut mendorong arkitek untuk meniru corak seni bina Rom lama dan mempengaruhi gaya neoklasik dalam seni pada tahun 1700-an. | UMUM | |