Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nes.ca.ya] | نسچاي

Definisi : tidak boleh tidak, sudah tentu: sekiranya undang-undang tidak ada, ~ masyarakat akan menjadi kacau-bilau; menescayakan menjadikan tidak boleh tidak; kenescayaan perihal tidak boleh tidak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nes.ca.ya] | نسچاي

Definisi : tidak boleh tidak; sudah tentu: Kalau tidak ada undang-undang, ~ negeri menjadi huru-hara. Tiap-tiap yg bernyawa, ~ akan mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nescaya (kata tugas)
Bersinonim dengan tentu, pasti, mesti, tidak boleh tidak.,

Peribahasa

Lekuk batu dititik air selalu.

Bermaksud :

Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).

 

Lihat selanjutnya...(21)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AZAN

Azan adalah satu cara pemberitahuan dalam Islam.

Ia berfungsi sebagai peringatan supaya menunaikan

sembahyang lima waktu. Azan dari segi bahasa

bermakna seruan dan pemberitahuan. Makna ini

terdapat dalam firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan serukanlah umat manusia untuk

mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan

datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki,

dengan menunggang berjenis-jenis unta kurus,

yang datangnya dari pelbagai jalan (dari ceruk

rantau) yang jauh”.

UMUM 
MUZANNIY, AL-

Muzanniy, al- (175 H.–264 H./791 M.–878 M.),

pakar dalam bidang usul fiqh. Nama penuhnya

ialah Isma‘il ibn Yahya ibn Isma‘il al-Muzanniy al-al-

Syafi’i. Dia lahir di Mesir dan mendampingi Imam

al-Syafi’i ketika dia datang ke Mesir serta belajar

darinya dan merupakan salah seorang murid Imam

al-Syafi’i yang paling hampir dengannya. Imam al-

Syafi’i mengiktiraf kekuatan hujah-hujahnya dengan

berkata, “Sekiranya al-Muzanniy berbahas dengan

syaitan, nescaya syaitan pun akan dikalahkannya”.

UMUM 

Kembali ke atas