Nicholson, Jack (1937– ), pelakon dan pengarah filem Amerika. Dia sering melakonkan watak yang sombong dan biadab atau individu yang berjiwa bebas dan menolak masyarakat konvensional. Nicholson memenangi Academy Award pada tahun 1975 sebagai pelakon lelaki terbaik melalui lakonannya dalam One Flew Over the Cuckoo’s Nest dan Academy Award pada tahun 1983 sebagai pelakon pembantu lelaki terbaik melalui lakonannya dalam Terms of Endearment. |