SYLVIA NG | Sylvia Ng (1950– ), pemain badminton Malaysia. Dia lahir pada tahun 1950 di Johor Bahru. Nama sebenarnya ialah Ng Meow Eng. Sylvia merupakan juara kebangsaan badminton sebanyak enam kali, iaitu bermula pada tahun 1972. Dia juga terpilih sebagai pemain badminton terbaik negara pada tahun 1970, 1973 dan 1974. | UMUM | |
BONIFACIO, ANDRES | Bapa Kataataasan Kagalanggalan Katipunan Mga Anak ng Bayan (Katipunan), sebuah pertubuhan radikal bertujuan menyatupadukan orang Filipina dan membebaskan Filipina daripada penjajahan Sepanyol, dan dia juga dianggap Bapa Revolusi Filipina. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KATIPUNAN | KATIPUNAN, pertubuhan bercorak militan dan radikal yang menuntut pembaharuan dan kemerdekaan Filipina dari Sepanyol. Nama penuh pertubuhan ini ialah Kataastaasan Kagalang-galang na Katipunan ng mga Anak ng Bayan (Highest and Most Respectable Society of the Sons of the Country). Katipunan ditubuhkan pada 7 Julai 1892 di sebuah rumah milik Deodato Arellano di Jalan Azcaraga, Tondo, Manila. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
BERKAYAK | Berkayak, aktiviti di air yang boleh dilakukan oleh seorang atau dua orang yang berdayung dengan menggunakan sejenis alat yang mempunyai geladak berpenutup dan pendayung dua bilah. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
ANDRES BONIFACIO | ANDRES BONIFACIO (1863-1897), bapa kataataasan kagalanggalan Katipunan Mga Anak ng Bayan (Katipun), sebuah pertubuhan radikal bertujuan menyatupadukan orang Filipina dan membebaskan Filipina daripada penjajahan Sepanyol, dan dia juga dianggap Bapa Revolusi Filipina. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
BERKANO | Berkano ialah aktiviti mendayung yang menggunakan dayung berbilah satu dan sebuah kano yang mempunyai geladak tidak bertutup. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |