[nge.ri] | ڠري
Definisi : 1. berasa takut, meremang, seram: ~ dia melihat mayat itu tergelimpang; 2. = mengerikan mendatangkan rasa takut (seram dll), menakutkan: kerongkongnya tersumbat dan lidahnya kelu oleh ingatan yg ~ itu; kematian itu sungguh-sungguh dahsyat dan mengerikan; kengerian 1. perihal ngeri, keseraman; 2. berasa ngeri: Hajah Bedah mengerutkan muka spt orang ~; pengeri orang yg mudah berasa ngeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[nge.ri] | ڠري
Definisi : (berasa) takut kerana melihat atau mendengar sesuatu yg menakutkan; seram: ~ saya melihat mayat itu. mengerikan mendatangkan atau menimbulkan rasa ngeri; menyeramkan; menakutkan: Satu kemalangan jalan raya yg ~ telah berlaku di Johor subuh-subuh tadi. kengerian 1 keadaan (hal dll) ngeri; keseraman. 2 berasa ngeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)