| NIKOTIN | Nikotin ialah sebatian kimia yang ditemui dengan jumlah yang kecil dalam daun, akar, dan biji benih tumbuhan tembakau. Nikotin ialah satu daripada beberapa cecair semula jadi alkaloid (lihat Alkaloid ). Ia boleh juga dibuat secara sintetik. | UMUM | |
| PERANGSANG | Perangsang ialah sejenis bahan yang menyebabkan peningkatan aktiviti sesuatu organ di dalam tubuh. Bahan perangsang biasanya merujuk kepada bahan kimia yang menggiat atau meningkatkan aktiviti tertentu dalam sistem saraf pusat (lihat Sistem saraf [Sistem saraf pusat]). Amfetamin, kafein, dan nikotin ialah contoh bahan perangsang. | UMUM | |