SUNGAI NIL | Sungai Nil ialah sungai terpanjang di dunia. Ia mengalir sepanjang 6671 kilometer melalui timur laut Afrika. Sungai Nil berpunca berdekatan Garisan Khatulistiwa dan mengalir ke Laut Mediterranean. Sungai ini mengairi kira-kira 2.4 juta hektar tanah di Mesir dan kira-kira 1.1 juta hektar di Sudan. | UMUM | |
KHARTOUM | Khartoum (pend. 476 218; pend. kaw. met. 817 364) ialah ibu negara Sudan. Ia terletak di persimpangan Sungai Nil Biru dengan Sungai Nil Putih. | UMUM | |
TASIK TANA | Tasik Tana, juga dikenali sebagai Tsana, terletak di barat laut Ethiopia. Untuk lokasi, lihat Ethiopia (peta). Tasik ini bertindak sebagai sumber utama Sungai Nil Biru, atau Sungai Abbai. Sungai Nil Biru menerima warnanya daripada air Tasik Tana yang tidak berkelodak. Tasik Tana letaknya 1829 meter di atas aras laut, panjangnya 76 kilometer dan lebarnya 71 kilometer. | UMUM | |
TASIK NASSER | Tasik Nasser, terbentuk apabila air Sungai Nil disekat oleh Empangan Tinggi Aswan di Mesir. Tasik ini dinamakan sempena nama presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser. Empangan yang mula beroperasi pada tahun 1968 itu terletak 684 kilometer ke selatan Kaherah. Tasik tersebut dipenuhi air sepenuhnya pada tahun 1981. Tasik Nasser meliputi kira-kira 4014 kilometer persegi. Air dari tasik tersebut digunakan untuk mengairi tanah ketika kekurangan air dan untuk menjana kuasa hidroelektrik. Kuil Abu Simbel yang dibina oleh firaun Ramses II, dipotong dari cenuram di sepanjang Sungai Nil dan dialihkan ke tanah yang lebih tinggi bagi mengelak daripada air yang naik (lihat Kuil Abu Simbel ). Lihat juga Empangan Tinggi Aswan. | UMUM | |
SUNGAI AMAZON | Sungai Amazon ialah sungai kedua terpanjang di dunia selepas Sungai Nil di Afrika. Sungai ini merupakan sungai utama di Amerika Selatan dan sepanjang 6437 kilometer. Sungai Amazon mengandungi lebih banyak air daripada sungai-sungai lain seperti Sungai Mississippi, Sungai Yangtze, dan Sungai Nil yang digabungkan bersama. | UMUM | |
TASIK ALBERT | Tasik Albert, juga dikenal sebagai Albert Nyanza, salah sebuah punca Sungai Nil. Tasik ini terletak di antara Uganda dengan Zaire. Ia meliputi kira-kira 4248 kilometer persegi. Panjangnya kira-kira 160 kilometer dan lebarnya kira-kira 32 kilometer. Air Tasik Albert datangnya dari Tasik Edward di selatan melalui Sungai Semliki dan mengalir keluar ke utara melalui Nil Albert. Tasik Albert dinamakan sempena suami Ratu Victoria dari Great Britain. | UMUM | |
TASIK EDWARD | Tasik Edward ialah salah satu daripada punca Sungai Nil. Ia terletak di lurah gelinciran bahagian tengah Afrika di antara Uganda dengan Zaire. Sebahagian besar tasik ini berada di wilayah Zaire. Panjang Tasik Edward kira-kira 64 kilometer dan lebarnya 51 kilometer dan meliputi keluasan 2150 kilometer persegi. | UMUM | |
SUNGAI ZAMBEZI | Sungai Zambezi ialah sungai yang keempat terpanjang di Afrika selepas Sungai Nil, Sungai Congo, dan Sungai Niger. Sungai Zambezi berpunca di Zambia, berhampiran sempadan Zaire dengan Angola. Sungai tersebut mengikut aliran yang berliku-liku sejauh 2736 kilometer, memisahkan Zambia daripada Zimbabwe dan merentasi Mozambique dan mengalir masuk ke Terusan Mozambique [lihat Afrika (peta)]. Sungai Zambezi mempunyai banyak cabang dan menyalirkan kawasan lebih daripada 1 300 000 kilometer persegi. | UMUM | |
SUNGAI NIGER | Sungai Niger ialah sungai yang ketiga terpanjang di Afrika selepas Sungai Nil dan Sungai Congo (Zaire). Sungai Niger mengalir sejauh kira-kira 4180 kilometer di barat Afrika. Ia membawa lebih banyak air daripada mana-mana sungai di Afrika yang lain kecuali Sungai Congo (Zaire). Sungai Niger menyaliri kawasan seluas kira-kira 1 500 000 kilometer persegi. | UMUM | |
EMPANGAN TINGGI ASWAN | Empangan Tinggi Aswan merupakan empangan yang dibina bagi mengelakkan limpahan air Sungai Nil di Mesir. | UMUM | |