SOU | Sou ialah duit syiling kecil dalam sistem kewangan Perancis. Nilainya lima centime (satu per seratus daripada satu franc). Duit ini tidak digunakan lagi sejak tamat Perang Dunia II pada tahun 1945. | UMUM | |
TAEL | Tael adalah unit timbangan Cina yang menunjukkan harga perak seunit. Walaupun nilainya selalu berubah, tael adalah nilai asas bagi wang Cina hingga tahun 1935. | UMUM | |
MUTIARA | Mutiara ialah satu daripada permata yang paling berharga. Mutiara yang besar, berbentuk sempurna setara nilainya dengan batu permata yang paling berharga. Tetapi, mutiara berbeza daripada permata-permata lain. Kebanyakan permata adalah mineral yang dilombong dari bawah bumi. Tetapi mutiara terbentuk di dalam cangkerang tiram. Permata mineral adalah keras dan biasanya memantulkan cahaya. Bagaimanapun, mutiara adalah agak lembut dan menyerap serta memantulkan cahaya. | UMUM | |
SALAP GILEAD | Salap gilead , juga dinamakan salap Makkah, ialah resin yang dihargai sejak zaman purba kerana keharumannya dan nilainya sebagai salap ubatan. Ia didapati daripada sap pokok kecil malar hijau yang terdapat di Semenanjung Arab dan Ethiopia. Ia mungkin juga salap yang disebut dalam kitab Bible (Jer. 8:22; Ezek. 27:17). Namanya juga digunakan untuk bahan aromatik yang diperoleh dari sejenis poplar balsam . Lihat juga Poplar; Resin. | UMUM | |
SIEGFRIED | Siegfried ialah wira legenda kesusasteraan Jerman pada Zaman Pertengahan. Sebagai orang muda, Siegfried memperoleh harta karun Nibelung yang tidak terperi nilainya dan selubung yang boleh menjadikannya halimunan. Dia juga membunuh seekor naga dan mandi dengan darahnya untuk menjadikannya kebal. Walau bagaimanapun, sehelai daun linden terjatuh di bahagian belakangnya, di antara kedua-dua bahu, meninggalkan tanda yang tidak terlindung. | UMUM | |
MENGUMPUL BUKU | Mengumpul buku ialah hobi yang popular. Orang mengumpul buku kerana beberapa sebab. Ramai orang mengumpul buku kerana mereka gemar membaca dan suka mengumpul barang. Sesetengah pengumpul berminat kepada perkara tertentu atau pengarang. Sesetengah orang mengumpul buku kerana kecantikan buku itu. Sesetengah orang pula mengumpul buku kerana berharap buku mereka akan bertambah nilainya dan menjadi pelaburan yang baik. | UMUM | |
SUNGAI SALWEEN | Sungai Salween, juga dikenali sebagai Salwin, ialah sungai yang terpenting di Burma. Sungai ini berpunca dari timur Tibet dan mengalir melalui bahagian timur Burma ke Teluk Benggala lalu masuk ke lautan berdekatan dengan Moulmein. Panjang sungai ini ialah 2414 kilometer dan ia menyaliri bahagian timur Burma serta bahagian barat Thailand. Sebagai jalan air komersial, nilainya tidaklah besar sebab sebahagian besar sungai ini mengalir melalui sebuah jurang. Di bahagian hilir sungai ini amat penting untuk pengairan tanaman. | UMUM | |
ANUGERAH | ANUGERAH, pemberian yang berupa hadiah yang terbesar dan tinggi nilainya. Perkataan anugerah berasal daripada perkataan Sanskrit ‘nugeraha’ atau ‘ anugeraha’. Pemberian tersebut mungkin datang daripada Allah atau zaman pra-Islam disebut datang daripada Sang Hyang Dewata Mulia Raya. Pemberian tersebut sama ada dalam bentuk rezeki, umur yang panjang, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan, zuriat keturunan yang baik-baik, darjah dan martabat yang mulia di sisi masyarakat, atau kuasa dan wibawa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |