Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ bukit a) sj tumbuhan (herba), rumput kuku, Pogostemon heyneanus; b) sj tumbuhan (herba), Scutellaria discolor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nilam I

Puisi
 

Inginkan hidup permata nilam,
     Jatuh tersorok batang entimu;
Tuan rindu pandang ke bulan,
     Di dalam bulan kita bertemu.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NILAM

Nilam, sejenis batu permata yang keras dan jernih.

Ia juga adalah sejenis mineral korundum. Nilam yang

terkenal ialah nilam biru. Warnanya berpunca dari

sejumlah kecil besi dan titanium yang berada di

dalam batu. Nilam juga ada dalam pelbagai warna

seperti kuning, hijau putih, hitam, ungu dan oren.

Nilam bukan biru dinamakan nilam hiasan.

Korundum berjenis merah dikenali sebagai delima.

UMUM 
MINYAK NILAM

Minyak nilam ialah minyak yang berbau kuat

yang digunakan untuk membuat minyak wangi.

Minyak ini datangnya daripada daun nilam, iaitu

anggota famili pudina. Daunnya dikeringkan dalam

cahaya matahari. Ia kadangkala dibiarkan mengalami

<i> penapaian i> (perubahan kimia yang menguraikan

bahan terbentuk). Kemudian, stim dilalukan pada

daun untuk mengeluarkan minyaknya. Peladang

menanam nilam di China, India, Indonesia, Filipina,

dan Singapura.

UMUM 
KERONGSANG

KERONGSANG, barang perhiasan diri yang disemat­kan di baju atau alat untuk mengancing baju. Biasanya kerongsang digunakan untuk mencantumkan belahan baju kebaya labuh dan baju belah. Kerongsang dibentuk dengan menggunakan logam emas, perak, suasa dan tembaga, dan dihiasi batu permata seperti zamrud, nilam, intan dan delima.

BUDAYAKraf Tangan

Kembali ke atas