NISBAH | Nisbah ialah pasangan nombor yang tersusun atau set yang mewakili hubungan antara nombor atau kuantiti. Nombor dalam nisbah dikenali sebagai unit nisbah. | UMUM | |
NOMBOR NISBAH | Nombor nisbah ialah sebarang nombor yang boleh dinyatakan dalam bentuk a/b , iaitu a ialah sebarang integer dan b ialah sebarang integer kecuali sifar. Integer ialah nombor bulat yang lebih besar daripada, kurang daripada, atau bersamaan sifar. Nombor nisbah termasuk nombor positif seperti 3/4 dan 2/3 dan nombor negatif seperti - 1/3 dan - 5/2 . | UMUM | |
NISBAH JANTINA | Nisbah jantina ialah perkadaran lelaki kepada perempuan dalam sesuatu jumlah penduduk. Kajian tentang rekod kelahiran bagi manusia dan haiwan lain menunjukkan bahawa banyak spesies mempunyai lebih banyak individu daripada satu jantina berbanding jantina yang lain. Misalnya, di kalangan manusia, 103 hingga 107 bayi lelaki dilahirkan bagi setiap 100 bayi perempuan. Bagaimanapun dalam jumlah penduduk dewasa, kaum wanita adalah lebih ramai kerana pada puratanya, kaum wanita hidup lebih lama. Kuda melahirkan kira-kira 98 ekor anak kuda jantan bagi setiap 100 ekor anak kuda betina. Ayam pula mempunyai nisbah 95 ekor ayam jantan bagi setiap 100 ekor ayam betina. | UMUM | |
PI | Pi ialah nisbah lilitan satu bulatan kepada diameternya. Nisbah ini sama bagi setiap bulatan dan mempunyai nilai lebih kurang 3.14159. Ia diwakili oleh huruf Yunani ð (pi) . | UMUM | |
PERKADARAN | Perkadaran ialah perkaitan persamaan antara dua nisbah. Contohnya, persamaan ab _ cd ialah perkadaran. Persamaan ini menyatakan bahawa a berkaitan dengan b sebagaimana perkaitan c dengan d . Ia juga boleh ditulis a:b _ c:d . Nisbah yang sama dikenali sebagai perkadaran . | UMUM | |
FAKTOR KESERENTAKAN | Nisbah kadar penggunaan gas maksimum terhadap kadar beban maksimum yang telah ditetapkan secara teori. | KEJURUTERAAN | Konsep |
ALIRAN PELBAGAI FASA | Misalnya dalam proses pengeluaran gas, walaupun nisbah gas terhadap cecair adalah tinggi, kewujudan cecair walaupun sedikit, boleh memberi kesan yang tinggi kepada fenomena aliran di dalam paip. Dalam industri kimia pula, aliran pelbagai fasa yang terdapat di dalam peranti yang menjana stim dan sistem paip di dalam reaktor nuklear juga mengalami proses pemindahan haba. Keadaan ini menyulitkan lagi analisisnya. Haba yang diterima akan mengubah pecahan gas dan cecair dalam aliran pelbagai fasa tersebut. Dengan pemanasan, komposisi bendalir akan terus berubah. Pengaruh pemindahan haba terhadap aliran pelbagai fasa juga boleh menyebabkan sebahagian bendalir membeku. Masalah aliran pelbagai fasa amat kompleks keadaannya. Banyak pengetahuan banyak persamaan korelasi yang telah diolah....rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
KECEKAPAN | Kecekapan, dalam bidang kejuruteraan dan fizik, ialah nisbah kerja yang dihasilkan oleh mesin dengan amaun tenaga yang dimasukkan ke dalam mesin. | UMUM | |
KELEMBAPAN BANDINGAN | Kelembapan bandingan, nisbah wap air sebenar yang terdapat di udara terhadap jumlah yang boleh dikandung oleh udara berkenaan, pada had suhu dan tekanan tertentu. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
NOMBOR INDEKS | Nombor indeks ialah satu nisbah bagi ukuran yang diambil untuk satu tempoh masa tertentu. | MATEMATIK | Konsep |