NOBEL, ALFRED BERNHARD | Nobel, Alfred Bernhard (1833–1896), ahli kimia Sweden , yang mencipta dinamit dan mengasaskan Hadiah Nobel (lihat Hadiah Nobel ). Semasa mudanya, Nobel menjalankan eksperimen menggunakan nitrogliserin di kilang bapanya. Dia berharap untuk menjadikan bahan berbahaya ini sebagai bahan letupan yang selamat dan berguna. Nobel menyediakan bahan letupan nitrogliserin, tetapi banyak kemalangan berlaku apabila bahan ini dipasarkan yang menyebabkan Nobel menjadi musuh awam selama beberapa tahun lamanya. | UMUM | |
HADIAH NOBEL | Hadiah Nobel dianugerahkan setiap tahun kepada orang ramai, yang telah membuat sumbangan yang berharga terhadap “kebaikan manusia” tanpa mengambil kira kerakyatan. | UMUM | |
SANGER, FREDERICK | Sanger, Frederick (1918– ) ialah ahli biokimia British, yang menerima Hadiah Nobel tahun 1958 dan 1980 bagi bidang kimia. Dia menjadi orang kedua yang menerima dua Hadiah Nobel bagi bidang yang sama. Orang yang pertama ialah John Bardeen, yang menerima dua Hadiah Nobel bagi bidang fizik. | UMUM | |
KORNBEG , ARTHUR | Kornbeg, Arthur lihat Hadiah Nobel (Jadual Hadiah Nobel untuk bidang fisiologi atau perubatan- 1959); Sel (Penyelidikan sel tahun 1900-an). | UMUM | |
PAULING, LINUS CARL | Pauling, Linus Carl (1901–1994), ahli kimia Amerika, yang menerima dua Hadiah Nobel. Dia menerima Hadiah Nobel tahun 1954 bagi bidang Kimia dan Hadiah Nobel bagi keamanan tahun 1962. | UMUM | |
MICHELSON, ALBERT ABRAHAM | Michelson, Albert Abraham (1852–1931) ialah warga Amerika yang pertama menerima Hadiah Nobel bagi bidang sains. Dia menerima Hadiah Nobel 1907 bagi bidang fizik untuk reka bentuk peralatan optik jitu ciptaannya dan juga sukatan tepat yang didapati daripada peralatan tersebut. | UMUM | |
THOMPSON, SIR JOSEPH JOHN | Thompson, Sir Joseph John (1856–1940) ialah ahli fizik British yang menerima Hadiah Nobel tahun 1906 bagi bidang fizik kerana penemuannya tentang elektron. Pada tahun 1937, Sir George Paget Thomson, anak lelakinya dan juga muridnya, berkongsi Hadiah Nobel bagi bidang fizik dengan Clinton Davisson, ahli fizik Amerika. | UMUM | |
CHEN NING YANG | Ahli fizik kelahiran Asia yang menerima Hadiah Nobel pada tahun 1957 bersama-sama T.D. Lee. | FIZIK | Tokoh |
HOFSTADTER, ROBERT | Ahli fizik dari Amerika Syarikat dan pemenang hadiah Nobel dalam bidang Fizik. | FIZIK | Tokoh |
HIDEKI YUKAWA | Ahli fizik teori dan bangsa Jepun pertama menerima Hadiah Nobel. | FIZIK | Tokoh |