Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nor.ma] | نورما

Definisi : 1. ukuran utk menentukan sesuatu; 2. peraturan atau ketentuan yg telah menjadi kebiasaan yg dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dsb: dia ingin memelihara ukuran-ukuran dan ~ yg telah ditetapkan; tindakan mereka mengikut ~ dan peraturan kekeluargaan mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nor.ma] | نورما

Definisi : sukatan yg standard utk menentukan sesuatu; ukuran; kaedah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
norma (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan standard, kriteria, gren, tingkat, garis panduan, model, keunggulan, pola, contoh, sampel, spesifikasi, kayu ukur, batu uji.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SITI NORMA YAAKOB

SITI NORMA YAAKOB, Dato’ (1940 -     ), Hakim Mahkamah Tinggi wanita yang pertama (1983) dan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia wanita yang pertama (1994).  Dia lahir pada 6 Julai 1940 di Seremban, Negeri Sembilan.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Rahang (1945-1946) sebelum berpindah ke Convent of the Holy Jesus hingga Tingkatan Lima (1947-1957).  Pada tahun 1958, dia bersekolah di King George V, Seremban, Negeri Sembilan.  Kemudian dia menyambung pengajiannya dan memperoleh Barrister-at Law dari Gray’s Inn, London pada tahun 1962.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RUKUN NEGARA

RUKUN NEGARA, ideologi negara yang dirumuskan sebagai norma hidup warganegara Malaysia berbilang kaum bagi mencapai konsensus baru dan perpaduan nasional ekoran Peristiwa 13 Mei 1969.  Rukun Negara diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
DELINKUENSI JUVENIL

Delinkuensi juvenil selalunya dikaitkan

dengan perlanggaran undang-undang oleh

seseorang juvenil. Perbuatan ini dianggap

jenayah jika dilakukan oleh orang dewasa seperti

mencuri dan juga perbuatan yang hanya salah

di sisi undang-undang bagi kanak-kanak lelaki

atau perempuan, seperti membeli minuman

keras. Kebanyakan orang menggunakan istilah

delinkuensi juvenil bagi semua perbuatan

golongan remaja yang bertentangan dengan

norma masyarakat, tidak kira sama ada perbuatan

itu salah atau tidak di sisi undang-undang.

UMUM 
LI BO

Li Bo (701–762) ialah salah seorang pujangga

China yang agung. Namanya dieja dengan

beberapa cara, tetapi cara yang paling biasa

ialah Li Po dan Li Bai. Puisinya dikagumi kerana

bahasanya yang meyakinkan, wit, humor, dan

gambaran romantiknya tentang alam semula jadi,

terutamanya tentang bulan. Li Bo juga menulis

puisi yang memuji kebaikan wain. Dia menggubah

banyak puisi di bankuet dan majlis istimewa untuk

menghiburkan kawan-kawan dan penaungnya.

Dia percaya karyanya yang terpenting ialah puisi

tentang etika dan norma kesusilaan.

UMUM 

Kembali ke atas