NORMAN FOSTER, LORD | Tokoh seni bina. | KEJURUTERAAN | Tokoh |
ORANG NORMAN | Orang Norman ialah sekumpulan orang Viking, atau Norsemen (orang Scandinavia), yang mula- mula menduduki utara Perancis, kemudiannya mara ke England, selatan Itali, dan Sicily. Pada tahun 800-an M., pahlawan Norman memulakan penaklukan dengan menyerang pantai dan lembah sungai di Perancis. Menjelang tahun 900-an M., mereka sudah pun menetap di wilayah Perancis yang terletak berhampiran muara Sungai Seine, yang sekarang dikenali sebagai Normandy. Pada tahun 911 M., seorang ketua Norman, Hrolf atau Rollo (860?–931?) menjadi duke untuk raja Frank, Charles Yang Sederhana (Charles the Simple). Orang Norman pun menganut agama Kristian dan menerima adat Perancis. Ramai orang Norman yang menjadi terkenal sebagai pentadbir, ketua gereja, dan pahlawan Perang Salib. | UMUM | |
SENI BINA NORMAN | Seni bina Norman ialah adaptasi kedaerahan daripada seni bina Romanesque. Ia berasal dari Normandy di barat laut Perancis. Gaya ini mencapai kemuncaknya di England pada akhir tahun 1000-an, selepas penaklukan Norman pada tahun 1066, dan pada tahun 1100-an. Seni bina Norman terkenal kerana cirinya yang sangat besar, pembinaan siling kekubah enam bahagian, dan penggunaan corak hiasan berukir Celtik dan Carolingian. Contoh seni bina Norman termasuk Gereja St. Étienne dan La Trinité di Caen, Perancis, dan Katedral Ely dan Durham di England. Lihat juga Seni bina (gambar: Seni bina Romanesque) | UMUM | |
NORMAN, LILITH | Norman, Lilith (1927– ), penulis buku kanak- kanak Australia, mendapat pujian kerana gaya penulisannya yang benar dan berterus terang dalam novelnya. Novelnya yang pertama, Climb a Lonely Hill (1970), memperkatakan tentang masalah kanak- kanak yang ketagihan arak. Novelnya yang lain termasuk The Shape of Three (1971), The Flame Takers (1973), Mocking-Bird Man (1977), A Dream of Seas (1978), dan My Simple Little Brother (1979). Norman lahir dan menuntut di Sydney dan dilatih sebagai pustakawan. Dia menjadi penolong editor School Magazine pada tahun 1970. | UMUM | |
PENAKLUKAN NORMAN | | UMUM | |
FOWLER, SIR NORMAN | | UMUM | |
LOCKYER, JOSEPH NORMAN | | UMUM | |
NORMAN, GREG | Norman, Greg (1955– ), pemain golf Australia yang dikenali sebagai The Great White Shark , memenangi Kejohanan Terbuka British pada tahun 1986 dan tahun 1993. Dia merupakan orang Australia yang ketiga memenangi acara itu. Pada tahun 1986, dia memenangi beberapa pertandingan besar dan berada pada kedudukan di tempat yang pertama di dunia. | UMUM | |
DINKINS, DAVID NORMAN | Dinkins, David Norman (1927- ) merupakan orang kulit hitam pertama yang menjadi datuk bandar New York City. | UMUM | |
BORLAUG, NORMAN ERNEST | Borlaug, Norman Ernest (1914– 2009) ialah ahli sains pertanian Amerika, menerima Hadiah Nobel pada tahun 1970 bagi bidang keamanan kerana menemui sejenis gandum yang baharu. Pada tahun 1944, Rockefeller Foundation menghantar Borlaug ke Mexico untuk memajukan sejenis gandum yang dapat menghasilkan banyak bijian di kawasan tropika. Menjelang tahun 1950-an, jenis gandum yang dimajukannya telah meningkatkan hasil tuaian gandum dengan mendadak di Mexico. | UMUM | |