Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata normandy


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NORMANDY

Normandy ialah sebuah daerah yang terletak di

barat laut Perancis. Ia dinamai sedemikian sempena

orang Norse yang menakluk kawasan tersebut pada

tahun 800-an. Normandy terletak di sepanjang

pinggir Selat Inggeris di antara Picardy dengan

Brittany . Bandar-bandar terkenal di Normandy

termasuklah Rouen, ibu negeri provinsi lama

tersebut; Le Havre, Honfleur, Caen, Bayeux, dan

Cherbourg . Penduduk daerah ini terkenal sebagai

pelaut dan petani. Petani mengkhusus dalam

penghasilan tenusu dan menanam pohon buah-

buahan, khususnya epal untuk membuat cider dan

brandi. Bijih besi dilombong berhampiran Caen.

UMUM 
PERTEMPURAN HASTINGS

Pertempuran Hastings (14 Oktober 1066),

diakhiri dengan penawanan England oleh William,

Duke Normandy. Para sejarawan menganggap

pertempuran ini sebagai pertempuran terbesar

yang telah mengubah sejarah.

UMUM 
SENI BINA NORMAN

Seni bina Norman ialah adaptasi kedaerahan

daripada seni bina Romanesque. Ia berasal dari

Normandy di barat laut Perancis. Gaya ini

mencapai kemuncaknya di England pada akhir

tahun 1000-an, selepas penaklukan Norman pada

tahun 1066, dan pada tahun 1100-an. Seni bina

Norman terkenal kerana cirinya yang sangat

besar, pembinaan siling kekubah enam bahagian,

dan penggunaan corak hiasan berukir Celtik dan

Carolingian. Contoh seni bina Norman termasuk

Gereja St. Étienne dan La Trinité di Caen, Perancis,

dan Katedral Ely dan Durham di England.

Lihat juga Seni bina (gambar: Seni bina

Romanesque)

UMUM 
PERANG SERATUS TAHUN

Perang Seratus Tahun (1337–1453)

berlangsung sepanjang pemerintahan lima orang

raja Inggeris dan lima orang raja Perancis yang

berperang untuk menguasai Perancis. Perjuangan

antara England dengan Perancis ini sebenarnya

terdiri daripada serangkaian perang merebut

takhta yang diselang-seli oleh perdamaian

sementara dan perjanjian. Perang ini bermula

dengan terlepasnya Normandy di Perancis dari

tangan Inggeris pada tahun 1204. Perang tersebut

juga disebabkan beberapa perkara lain.

UMUM 
ORANG NORMAN

Orang Norman ialah sekumpulan orang Viking,

atau Norsemen (orang Scandinavia), yang mula-

mula menduduki utara Perancis, kemudiannya

mara ke England, selatan Itali, dan Sicily. Pada

tahun 800-an M., pahlawan Norman memulakan

penaklukan dengan menyerang pantai dan lembah

sungai di Perancis. Menjelang tahun 900-an M.,

mereka sudah pun menetap di wilayah Perancis

yang terletak berhampiran muara Sungai Seine,

yang sekarang dikenali sebagai Normandy. Pada

tahun 911 M., seorang ketua Norman, Hrolf atau

Rollo (860?–931?) menjadi duke untuk raja Frank,

Charles Yang Sederhana (Charles the Simple).

Orang Norman pun menganut agama Kristian dan

menerima adat Perancis. Ramai orang Norman

yang menjadi terkenal sebagai pentadbir, ketua

gereja, dan pahlawan Perang Salib.

UMUM 
SUSSEX

Sussex ialah kaunti yang besar di pantai barat daya

England. Ramai orang bercuti mengunjungi bandar-bandar

tepi pantainya pada musim panas.

Kebanyakan penduduk Sussex tinggal berdekatan

dengan kawasan pantai dan berulang-alik ke

London kerana bekerja. Salah satu daripada

pertempuran masyhur dalam sejarah Britain berlaku

di Sussex berhampiran bandar Hastings pada tahun

1066. Pada pertempuran ini, Duke William dari

Normandy mengetuai serangan yang berjaya

menakluki England dan menjadi King William I (the

Conqueror).

UMUM 
BUKU DOMESDAY

Buku Domesday ialah rekod rasmi pertama

pemegang harta yang tinggal di England dan

keluasan tanah yang menjadi milik mereka.

Maklumat ini dikumpulkan dan direkodkan atas

arahan William Si Penakluk pada tahun 1086,

iaitu 20 tahun selepas dia dan pengikutnya dari

Normandy menyeberang Selat Inggeris dan

menakluk England.

UMUM 

Kembali ke atas