NORTH WEST | North West ialah satu daripada sembilan provinsi di Afrika Selatan. Ia disempadani oleh Botswana di utara. Provinsi ini ditubuhkan pada 27 April 1994. Ia termasuk bahagian bekas provinsi Transvaal dan Cape dan kebanyakan bekas tanah air Bophuthatswana . Mmabatho ialah ibu provinsi North West. Bandar utama dan pekannya adalah Mafikeng, Kelrksdorp, Potchefstroom, dan Rustenburg. | UMUM | |
BRITISH NORTH BORNEO COMPANY | organisasi | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
NORTH, LORD | North, Lord (1732–1792), Frederick, Earl of Guilford , perdana menteri Britain yang pemikiran ceteknya terhadap tanah jajahan Amerika membantu mencetuskan Revolusi Amerika. | UMUM | |
MMABATHO | Mmabatho ialah ibu provinsi North West di Afrika Selatan. Mmabatho terletak kira-kira 25 kilometer ke selatan sempadan Bostwana dengan North West. Mmabatho bererti “Ibu kepada Penduduk”. Bandar ini ialah pusat kerajaan Bophuthatswana yang menyertai Afrika Selatan pada tahun 1994. Kini Mmabatho ialah pusat petempatan, pentadbiran, dan komersial. Lihat North West. | UMUM | |
PROVINSI UTARA | Provinsi Utara ialah provinsi yang paling utara di Afrika Selatan. Ia berkongsi sempadan negeri dengan Botswana, Zimbabwe, dan Mozambique, dan sempadan provinsi dengan North West, Gauteng, dan Mpumalanga. Provinsi ini diasaskan pada 27 April 1994 sebagai Transvaal Utara. Pada tahun 1995, namanya bertukar menjadi Provinsi Utara. Bandar dan pekan utama ialah Pietersburg, Seshego, Namakgale, dan Mahwelereng. | UMUM | |
SCARBOROUGH | Scarborough (pend. 107 800) ialah daerah kerajaan tempatan di Yorkshire Utara, England, meliputi pelabuhan dan bandar peranginan Scarborough dan Whitby. Daerah ini meliputi juga sebahagian daripada Taman Negara North York Moors. | UMUM | |
SVALBARD | Svalbard ialah gugusan pulau di Lautan Artik yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Norway dan Kutub Utara. Pulau-pulau ini kepunyaan Norway dan Svalbard ialah namanya dalam bahasa Norway. Kadangkala ia dikenali dengan nama Jermannya, iaitu Spitsbergen. Svalbard mempunyai lima pulau besar dan banyak pulau kecil. Pulau-pulau utama dari segi saiz, ialah Spitsbergen, North East Land, Pulau Edge, Pulau Barents, dan Prince Charles Foreland. Luas Svalbard ialah 62 050 kilometer persegi. Jaraknya dari Kutub Utara ialah 1100 kilometer. (Lihat Lautan Artik [peta]; Norway [peta]). | UMUM | |
JESSELTON | Jesselton ialah pusat pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Sejarah bandar Jesselton bermula dengan pembinaan landasan kereta api di North Borneo (kini Sabah) oleh William Clarke Cowie, dari Scotland. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
LEMBAGA MALAYA | LEMBAGA MALAYA, akhbar Melayu. Akhbar ini diterbitkan pada tahun 1934 oleh Onn bin Ja’afar dan Syed Omar Albar. Lembaga Malaya ialah akhbar mingguan dan diterbitkan pada setiap hari Isnin, di North Bridge Road, Singapura. Akhbar ini mempunyai 36 halaman dengan menggunakan tulisan Jawi. Pengarang utamanya ialah Onn bin Ja’afar dan dibantu oleh Syed Ja’afar Albar, sebagai penolong pengarang bahagian agama Islam. Akhbar ini menjadi salah satu bahan bacaan yang penting bagi masyarakat Melayu di selatan Tanah Melayu pada waktu itu. | SASTERA | Penerbitan |
GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA | GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA, cita-cita British untuk menyatukan Sarawak, Sabah, Brunei dan Labuan sebagai sebuah persekutuan. Pada tahun 1887, Lord Brassey, seorang ahli Lembaga Pengarah North Borneo Chartered Company mengemukakan cadangan bertujuan memberi kemudahan kepada pedagang British meluaskan perdagangan mereka di bwah perlindungan kerajaan British, khususnya bagi menghadapi saingan daripada pedagang Belanda dan Amerika. Cadangan itu tidak mendapat sebarang sokongan rasmi kerajaan British. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |