Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nos.tal.gia] | نوستلݢيا

Definisi : kerinduan pd sesuatu yg pernah dialami (dinikmati dsb) pd masa lalu, kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yg telah berlalu; bernostalgia mengenang atau mengingati nostalgia: zaman utk ~ sepatutnya sudah lama dilepaskan dan harus digantikan dgn tindakan yg lebih praktikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nos.tal.gia] | نوستلݢيا

Definisi : rasa rindu akan sesuatu yg pernah dialami (dinikmati dsb) pd masa lalu; kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yg telah berlalu. bernostalgia mengenangkan atau mengingat peristiwa manis atau peristiwa yg mengusik perasaan yg berlaku pd masa yg lalu: Jangan asyik ~ dan membazirkan masa begitu sahaja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nostalgia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AUTOBIOGRAFI

Autobiografi adalah satu jenis penulisan biografi.

Dalam autobiografi penulis menceritakan riwayat

hidup dirinya sendiri. Autobiografi menceritakan

keadaan hidup peribadi orang yang menarik kepada

pembaca. Ia juga memberikan maklumat oleh

pemerhati sebenar tentang peristiwa sejarah atau

cerita oleh orang yang membantu mencipta sesuatu

peristiwa. Sesetengah orang menggunakan

autobiografi untuk menerangkan atau mewajarkan

tindakan dalam hidup mereka. Sesetengah

autobiografi diilhamkan oleh perasaan nostalgia yang

berkaitan dengan zaman silam penulis. Yang lainnya

pula ditulis oleh orang masyhur yang berasa bahawa

mereka boleh memperoleh wang dari minat orang

ramai yang ingin tahu tentang kehidupan mereka.

UMUM 

Kembali ke atas