NOVA | Nova merupakan letupan yang menyebabkan sebutir bintang menjadi terlalu cerah sehingga mencapai 10 000 hingga 100 000 kecerahan matahari. Bintang tersebut boleh bersinar secerah itu selama sebulan atau lebih lama sebelum beransur-ansur pudar kepada kecerahannya yang asal. Sesuatu nova menghamburkan jisim gas dan debu yang besar ke angkasa. Perkataan nova berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud baru. Manusia pernah tersalah tanggap kerana menyangka nova sebagai bintang baru. | UMUM | |
NOVA SCOTIA | Nova Scotia (pend. 899 942) merupakan salah satu daripada empat buah Provinsi Atlantik Kanada. Ia termasuk semenanjung tanah besar Kanada dan juga Pulau Cape Breton. Industri perkhidmatan merupakan aktiviti ekonomi yang utama di Nova Scotia. Industri perkhidmatan ini termasuk pendidikan, kerajaan, dan hotel serta restoran. Pemprosesan makanan juga penting kepada ekonomi provinsi ini. Halifax ialah ibu negeri Nova Scotia. Lihat Kanada. | UMUM | |
PROVINSI ATLANTIK | Provinsi Atlantik ialah empat provinsi Kanada, iaitu New Brunswick, Newfoundland, Nova Scotia, dan Pulau Prince Edward. Tiga daripada provinsi ini – New Brunswick, Nova Scotia, dan Pulau Prince Edward – kadangkala dikenali sebagai provinsi Maritim. | UMUM | |
SPRING BEAUTY | Spring beauty ialah nama bunga liar yang tumbuh di hutan di Amerika Utara dari Nova Scotia hingga ke Georgia dan dari Saskatchewan hingga ke Texas. Daunnya yang panjang, sempit tumbuh pada batang setinggi 15 sentimeter hingga 30 sentimeter. Ia mempunyai dua spesies. Virginia, jenis yang lebih biasa, mempunyai bunga berwarna putih dan samar berserta uratnya berwarna merah. Spring beauty Virginia berbunga terlalu awal hinggakan ramai orang menamakannya Mayflower atau good morning spring (selamat pagi musim bunga). Jenis Carolina mempunyai bunga berwarna putih. | UMUM | |
TELUK FUNDY | Teluk Fundy ialah pemanjangan dari Lautan Atlantik Utara yang memisahkan New Brunswick daripada bahagian barat Nova Scotia, Kanada. Teluk ini lebarnya kira-kira 100 kilometer di bahagian muaranya. Ia menganjur hingga kira-kira 240 kilometer ke pedalaman, dan di sini teluk ini berpecah kepada Teluk Chignecto dan Lembangan Minas. | UMUM | |
PULAU CAPE BRETON | Pulau Cape Breton ialah pulau besar di luar pantai Atlantik di Kanada. Ia membentuk sebahagian daripada provinsi Nova Scotia. Keluasannya 10 311 kilometer persegi. Sebuah tasik air masin yang dinamakan Tasik Bras d’Or meliputi kira-kira satu per enam daripada kawasan tersebut. Tasik ini merupakan unjuran Lautan Atlantik. | UMUM | |
NEW HOLLAND | New Holland. Pada tahun 1642, Abel Tasman, ahli pelayaran Belanda, hampir-hampir belayar mengelilingi benua Australia. Peta Belanda dihasilkan berdasarkan pelayarannya ke Australia, Van Diemen’s Land (kini Tasmania), dan New Guinea sebagai satu benua yang dikenali sebagai Nova Hollandia (New Holland). | UMUM | |