Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata novel's


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NORDHOFF DAN HALL

Nordhoff dan Hall adalah kumpulan pengarang

Amerika. Charles Bernard Nordhoff (1887–1947) dan

James Norman Hall (1887–1951) menjadi terkenal

kerana tiga novel mereka tentang pemberontakan

sebenar dalam Tentera Laut British pada tahun 1789.

Novel-novel tersebut adalah Mutiny on the Bounty

(1932), Men Against the Sea (1934) dan Pitcairn’s

Island (1934).

UMUM 
NAIPAUL, V.S.

Naipaul, V.S. (1932– ) ialah penulis Hindia

Barat dan disanjung kerana novel-novelnya berlatar

belakang Caribbean dan Afrika, serta buku-buku

perjalanannya. Kerja-kerjanya mengkaji tentang

pembuangan negeri dan menimbulkan persoalan

tentang hubungan antara kebudayaan dan identiti

nasional. Penekanan Naipaul terhadap penjajahan,

pemindahan pelarian, keganasan politik, dan

pemencilan menimbulkan kritikan yang

membandingkan hasil kerjanya dengan penulis

seperti Joseph Conrad, penulis Poland.

UMUM 
RUMAH ITU DUNIA AKU

RUMAH ITU DUNIA AKU, novel karya Hamzah Hussin.  Novel ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1951 dengan menggunakan tulisan jawi.  Pada tahun 1958, ia dicetak dengan judul Anak Gundik.  Pada tahun 1964, ia dicetak dengan menggunakan tulisan rumi oleh Penerbitan Pusaka Melayu Baru.  Pada tahun 1989, Rumah Itu Dunia Aku diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama novel Hamzah yang lain dalam satu buku yang diberi judul Novel-Novel Hamzah yang diselenggarakan dan diberi kata pengantar oleh S. Othman Kelantan.

SASTERAKarya
AMIS, KINGSLEY

Amis, Kingsley (1922–1995) ialah penulis novel

Inggeris yang terkenal dengan kisah satiranya yang

lucu pintar tentang masyarakat British. Karyanya yang

paling termasyhur ialah novelnya yang pertama,

Lucky Jim (1954). Dalam novel ini, Jim Dixon, seorang

pensyarah universiti yang muda berasa meluat

terhadap kepura-puraan rakan-rakan sekerjanya dan

kerja mereka. Jim menghina pegawai atasannya dan

bereaksi dengan telatah lucu. Akibatnya dia dipecat

dari universiti. Novel-novelnya yang lain termasuk

That Uncertain Feeling (1955), Take a Girl Like You

(1960), One Fat Englishman (1964), The Green Man

(1970), Jake’s Thing (1979), Stanley and the Women

(1984), dan The Old Devils (1986).

UMUM 
TENNANT, KYLIE

Tennant, Kylie (1912–1988 ) ialah pengarang

Australia yang memperoleh reputasi utama sebagai

penulis novel dengan terbitnya Tiburon pada tahun

1935, dan The Battlers (1941). Tiburon memenangi

S.H. Prior Memorial Prize pada tahun 1935. Novel

Tennant yang lain, termasuklah Foveaux (1939), Ride

On, Stranger (1943), dan The Honey Flow (1956).

Gayanya terserlah melalui pemikiran, semangat,

kelucuan dan kebijaksanaan. Beberapa buah bukunya

menyentuh masalah masyarakat. Dia juga menulis

drama. Dramanya, Tether a Dragon, memenangi

Commonwealth Jubilee Stage Play Competition pada

tahun 1952. Pada tahun 1960, dia memenangi

Children’s Book Award dengan bukunya yang

berjudul All the Proud Tribesmen . Tennant lahir di

Sydney.

UMUM 
ERVINE, ST. JOHN

Ervine, St. John (1883–1971) ialah penulis novel

dan drama Ireland terkenal dengan novelnya

yang paling dikenali Mrs. Martin’s Man (1914),

dan drama Mixed Marriage (1911), Anthony and

Anna (1926), dan Robert’s Wife (1937).

UMUM 
STOWE, HARRIET BEECHER

Stowe, Harriet Beecher (1811–1896) ialah

penulis wanita Amerika yang dikenangi terutamanya

kerana novel anti perhambaannya, Uncle Tom’s Cabin

(1851–1852). Buku itu amat berjaya di Amerika Syarikat

dan juga di luar negeri, dan beberapa wataknya,

termasuk Uncle Tom, Little Eva, Topsy, dan Simon

Legree, menjadi masyhur.

UMUM 
SILLITOE, ALAN

Sillitoe, Alan (1928 – ) ialah pengarang dan

penulis drama British yang terkenal dengan novel

pertamanya, Saturday Night and Sunday Morning

(1958) yang mengisahkan perihal kehidupan

masyarakat pekerja kelas bawahan. Kemudian, dia

menghasilkan pula koleksi cerita The Loneliness of

the Long Distance Runner (1959). Cerita utamanya,

yang memberikan judul kepada buku ini,

menonjolkan wawasan minda seorang budak lelaki

yang berada di sekolah boarstal. Sillitoe seterusnya

menulis drama, puisi, beberapa banyak cerita

pendek, dan novel. Antaranya termasuk Three Plays

(1978), The Rats and Other Poems (1960), The

Ragman’s Daughter (1963), dan The Victory (1982).

Saturday Night and Sunday Morning dan The

Loneliness of the Long Distance Runner telah

dijadikan filem dan diminati ramai.

UMUM 
SUTCLIFF, ROSEMARY

Sutcliff, Rosemary (1920–1992) ialah pengarang

British yang masyhur sebagai penulis novel kanak-kanak.

Cerita-ceritanya berlatarbelakangkan

sejarah. Pada tahun 1960, dia menerima Pingat

Carnegie Persatuan Perpustakaan British bagi

bukunya The Lantern Bearers (1957). Antara

karyanya yang popular termasuk The Queen

Elizabeth Story (1950), The Chronicles of Robin

Hood (1950), The Armourer’s House (1951), The

Eagle of the Ninth (1954), Lady-in-Waiting (1956),

The Sheild Ring (1956), The Silver Branch (1957),

Warrior Scarlet (1958), The Rider of the White

Horse (1959), dan Knight’s Fee (1960). Sutcliff lahir di

Clandon Barat, Surrey, England.

UMUM 
ANGIN TIMUR LAUTANGIN TIMUR LAUT, novel karya S. Othman Kelantan yang diterbitkan oleh Penerbitan utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur pada tahun 1969.  Novel ini membawa tema kemiskinan dan penderitaan hidup kaum nelayan di Pantai Timur Semenanjung, khasnya di Pantai Sabak, Kelantan.  SASTERAKonsep
12

Kembali ke atas