YASHU‘ IBN NUN | | UMUM | |
N | N ialah huruf ke-14 dalam abjad Inggeris. Ia juga huruf ke-14 dalam abjad yang digunakan oleh orang Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Simbol ini berasal daripada hiroglif Mesir (atau tulisan bergambar) untuk ular. Kemudian tradisi Semit Barat menamakan huruf ini sebagai nun, perkataan yang digunakan untuk ikan. Orang Yunani mengambil alih huruf ini daripada Phoenicia dan menamakannya sebagai nu. Lihat Abjad. | UMUM | |
SURAH AL-QALAM | Surah al-Qalam ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-68 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 52 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Qalam kerana pada awal surah ini Allah S.W.T. bersumpah dengan al- Qalam dalam firman-Nya yang bermaksud: “Nun. Demi al-Qur’an dan sesuatu yang mereka tulis”. (Surah al-Qalam 68:1) | UMUM | |
ASHCROFT, DAME PEGGY | Ashcroft, Dame Peggy (1907–1991), berlakon dalam drama, filem, dan televisyen. Dia muncul di pentas dalam The Seagull , (penerbitan tahun 1936 dan 1964), The Good Woman of Setzuan (1956), The Taming of the Shrew (1961), dan Henry VI (1963). Filemnya termasuk The Thirty Nine Steps (1935), The Nun’s Story (1959), dan A Passage to India (1984). Pada tahun 1984, dia muncul dalam siri televisyen yang popular, “The Jewel in the Crown”. Ashcroft lahir di Croydon, Greater London, England. | UMUM | |
ZINNEMANN, FRED | Zinnemann, Fred (1907–1997) ialah pengarah filem Amerika kelahiran Austria. Filemnya dikenali kerana berjaya mempamerkan watak dengan begitu berkesan. Dia memenangi Academy Award bagi filem From Here to Eternity (1953) dan A Man for All Seasons (1966). Filemnya yang utama termasuk The Seventh Cross (1944), The Search (1947), The Men (1950), The Member of the Wedding (1952), High Noon (1952), Oklahoma! (1955), The Nun’s Story (1958), The Sundowners (1960), The Day of the Jackal (1973), dan Julia (1977). | UMUM | |