OASIS | Oasis ialah kawasan subur yang mempunyai tumbuh-tumbuhan di gurun, tempat air bawah tanah berada sangat hampir dengan permukaan tanah bagi mewujudkan telaga dan mata air. Air yang terdapat di oasis asalnya turun sebagai hujan atau salji di gunung atau bukit yang berjauhan. Selepas meresap ke dalam tanah, air ini secara perlahan-lahan meresapi batu-batan yang terdapat di bawah tanah, lalu mengalir ke kawasan rendah di gurun. Ia kemudian timbul semula di permukaan bagi membentuk mata air atau cukup cetek untuk memenuhi telaga. Kawasan yang mempunyai tumbuh-tumbuhan di sepanjang anak sungai yang sentiasa mengalir di gurun, juga dipanggil oasis. | UMUM | |
MERV | Merv ialah sebuah oasis di Asia Tengah. Keluasannya ialah 5000 kilometer persegi. Ia terletak di penara gurun di Turkmenistan (lihat Turkmenistan [peta]). | UMUM | |
ASHGABAT | Ashgabat (pend. 407 000) ialah ibu negara Turkmenistan. Ashgabat, yang juga dikenali sebagai Ashkhabad, terletak di sebuah oasis di gurun Karakum di selatan Turkmenistan (lihat Turkmenistan [peta]). Sebahagian besar Ashgabat musnah dilanda gempa bumi pada tahun 1948. Bandar ini dibina semula dengan bangunan yang rendah-rendah. Terusan Karakum mengalir di Ashgabat dan membekalkan air ke bandar ini dari Amu Darya, sebatang sungai yang letaknya 724 kilometer di timur Turkmenistan. Parit pengairan yang dikenali sebagai aryk membarisi kedua-dua belah jalan. | UMUM | |
SEMENANJUNG SINAI | Semenanjung Sinai ialah sebahagian daripada Mesir yang terletak di timur Terusan Suez dan Teluk Suez. Semenanjung ini bersempadan dengan bahagian barat Israel. Ia meliputi 61 100 kilometer persegi dengan penduduk seramai 200 000 orang. Semenanjung Sinai ialah daratan kering yang mempunyai beberapa oasis kecil. Di utara, daratan pantainya berpasir, di tengah terdapat penara batu kapur yang tinggi, manakala di selatan pula terdapat gunung-ganang. Semenanjung Sinai menghasilkan petroleum, mangan, dan mineral lain. | UMUM | |
SAHARA | Sahara ialah gurun yang terbesar di dunia. Ia meliputi kawasan seluas 9 juta kilometer persegi. Pemandangan gurun Afrika yang luas ini termasuk banjaran gunung, penara berbatu-batan, dataran berkelikir, dan tanah tandus berpasir. Gurun yang gersang itu terpisah hanya oleh tanah penanaman sepanjang Sungai Nil dan di oasis yang bertaburan. | UMUM | |
MADINAH | Madinah, kota yang terletak di kawasan oasis di Arab Saudi. | AGAMA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |