Oftalmia ialah nama sejenis penyakit mata yang teruk yang menyerang selaput mata. Penyakit ini mungkin disebabkan oleh jangkitan, racun, atau kecederaan. Contohnya, Oftalmia neonatorum ialah jangkitan pada mata bayi yang baru lahir, biasanya disebabkan oleh kuman yang menyebabkan gonorea. Oftalmia simpatetik , yang jarang-jarang berlaku, merebak ke kedua-dua belah mata selepas kecederaan pada sebelah mata dan boleh menyebabkan buta. Lihat juga Buta (Penyakit). |