Nombor oktana ialah nombor yang menunjukkan sebaik mana bahan api motor tahan terhadap “ketukan”. “Ketukan” berlaku apabila bahan api terakhir dalam silinder enjin terbakar terlalu cepat. Nombor oktana bahan api motor diketahui dengan membandingkan kecenderungan ketukan bahan api dengan kecenderungan ketukan bahan api rujukan dalam enjin ujian. Setiap bahan api rujukan adalah campuran heptana normal (bahan api cenderung- ketukan) dan isooktana (bahan api tahan ketukan). Heptana normal mempunyai nombor oktana sifar, dan isooktana mempunyai nilai 100. Bahan api motor mempunyai nombor oktana 85 jika ia menghasilkan ketukan yang sama sebagaimana bahan api rujukan yang terdiri daripada 85 peratus isooktana dan 15 peratus heptana normal. Kebanyakan petrol mempunyai nombor oktana dari 80 hingga 100. Lihat juga Petrol. |