Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : disebabkan oleh, kerana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,

Puisi
 

Sapu tangan jari berkelur,
     Oleh membeli di kedai Cina;
Suka di tangan kerana seekor,
     Suka di hati bawa merana.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Pasang pelita dilanggar tikus.

Bermaksud :

Kegembiraan hilang oleh kerana satu kejadian yang kecil.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENEFELDER, ALOIS

Senefelder, Alois (1771–1834), mencipta

proses litografi (lihat Litografi). Sebagai anak

muda, Senefelder menulis drama. Oleh kerana dia

tidak dapat menerbitkan dramanya, maka dia cuba

mencetaknya sendiri. Semasa menyediakan

goresan di atas papak batu, dia menulis di atasnya

menggunakan krayon lilin dan mendapati bahawa

goresan itu boleh didakwatkan (diwarnakan) dan

dicetak. Dia lahir di Munich, Jerman.

UMUM 
PERANGKAP LALAT VENUS

Perangkap lalat Venus ialah tumbuhan yang

terdapat di satu kawasan kecil di kawasan pantai

Carolina Utara dan Carolina Selatan, Amerika

Syarikat. Ia juga dikenali sebagai Dionaea.

Tumbuhan ini memerangkap serangga dalam

daunnya, dan menghadamnya. Oleh kerana tabiat

ini, ia dikenali sebagai tumbuhan karnivor .

Perangkap lalat Venus tumbuh di rawa yang

tanahnya kurang oksigen. Serangga adalah ganti

nitrogen dalam diet tumbuhan ini. Ia tumbuh

subur di tempat yang lembap tetapi memerlukan

sinar matahari.

UMUM 
RENIUM

Renium ialah unsur kimia dengan simbol Re. Ia

adalah logam nadir, mahal, berwarna putih

keperakan. Ia didapati sedikit dalam mineral seperti

gadolinit , dan molibdenit . Renium mempunyai satu

daripada takat lebur yang paling tinggi antara unsur

kimia. Oleh kerana ini ia tahan terhadap suhu tinggi.

Tenium adalah bahan yang berharga dalam aloi

(campuran logam) tertentu. Ia kadangkala

dicampurkan dengan tungsten atau platinum untuk

membuat kelengkapan elektrik tahan panas. Ia juga

digunakan untuk membuat filamen (dawai halus)

untuk alat yang dikenali sebagai spektrometer , yang

digunakan untuk mengukur jisim atom dan molekul

yang bercas.

UMUM 
PORSELIN

Porselin ialah sejenis seramik yang dinilai tinggi

kerana keindahan dan kekuatannya. Ia sering

dikenali sebagai china atau chinaware kerana ia

pertama kali dibuat di China. Porselin dicirikan oleh

keputihannya, rupanya yang halus, dan lut cahaya

(boleh ditembusi cahaya). Oleh kerana ia adalah

keluaran seramik yang paling keras, porselin

digunakan sebagai penebat elektrik dan

kelengkapan makmal. Walau bagaimanapun,

porselin dikenali terutamanya sebagai bahan untuk

membuat vas bermutu tinggi, barang meja dan juga

patung kecil dan barang hiasan yang lain. Jenis

porselin yang digunakan untuk tujuan ini

menghasilkan bunyi berdenting apabila dijentik.

UMUM 
TEPUNG JAGUNG

Tepung jagung ialah tepung halus putih yang

dibuat dengan mengisar dan menapis butir jagung.

Ia dibuat daripada jagung yang telah dibuang

bahagian yang mengeluarkan biji benih yang

dinamakan germa . Jagung dikisar dalam proses

yang dikenali sebagai kisaran basah. Selepas

dibuang protein jagung, tepung jagung yang

tertinggal dikeringkan dalam ketuhar. Oleh kerana

hanya 10 peratus lembapan yang masih ada dalam

tepung jagung selepas dikeringkan, tepung jagung

biasanya dicampurkan dengan makanan lain untuk

melindunginya daripada lembapan. Pembuat

menggunakan tepung jagung dalam keluaran

berbakar, serbuk penaik, gula-gula dan kuah salad.

Tukang masak menggunakannya untuk

memekatkan kuah dan puding. Pembuat juga

menggunakan tepung jagung dalam bahan

letupan, cat, dan tekstil. Lihat juga Jagung (Industri

pengilangan basah).

UMUM 
SPRINGBOK

Springbok, yang juga dikenali sebagai

springbuck, ialah antelop yang hidup di dataran

berumput terbuka di barat daya Afrika. Haiwan ini

mendapat namanya kerana tabiatnya melompat-lompat

berulang kali setinggi dua meter ke udara

apabila ketakutan, dan kemudian memacu dengan

kencang. Lompatan ini mengalih perhatian

pemangsa seperti singa dan harimau kumbang.

Springbok mempunyai sejalur bulu panjang

berwarna putih di tengah belakangnya yang akan

tertegak apabila ia dalam ketakutan. Oleh kerana

sifat ini, orang Portugis di Angola menamakan

antelop ini kambing kipas.

UMUM 
PERABOT

Perabot terdiri daripada kerusi, meja, katil, dan

kelengkapan lain yang memberikan keselesaan dan

kemudahan di dalam rumah, sekolah, dan pejabat

kita. Kita berehat di atas kerusi dan kerusi panjang,

dan menyimpan pelbagai barang di dalam peti,

kabinet dapur, dan almari buku. Meja tulis

menyediakan tempat untuk menelaah dan

membuat kerja-kerja menulis. Sesetengah set

televisyen dan sistem hi-fi mempunyai kabinet

yang menarik, dan oleh kerana itu, ia juga

dianggap sebagai perabot. Piano merupakan

sejenis perabot yang menarik di kebanyakan

rumah.

UMUM 
DENDA

Denda ialah bayaran wang yang diperintahkan

oleh mahkamah untuk dibayar oleh seseorang

yang didapati bersalah kerana melanggar undang-undang.

UMUM 
ANDRE, JOHN

Andre, John (1751–1780), pegawai Inggeris,

digantung oleh Tentera Revolusi Amerika kerana

menjadi perisik. Dia merupakan utusan jeneral

Inggeris, Sir Henry Clinton, yang bersama-sama

Benedict Arnold, mempunyai rancangan untuk

merampas kubu penting orang Amerika di West

Point (lihat Arnold, Benedict ).

UMUM 
MILLIKAN, ROBERT ANDREWS

Millikan, Robert Andrews (1868–1953), ahli

fizik Amerika, yang menjadi salah seorang ahli sains

Amerika Syarikat yang paling dikenali ramai. Dia

terkenal kerana ukuran cas elektrik yang dibawa

oleh elektron, dan kerana sumbangannya terhadap

penyelidik sinar kosmik.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas