Arnold, Eddy (1918– ), penyanyi Amerika dan merupakan salah seorang penghibur yang paling popular dalam bidang nyanyian rakyat dari pertengahan tahun 1940-an hingga sepanjang tahun 1960-an. Arnold merupakan perintis dalam usaha menarik pendengar yang ramai terhadap nyanyian rakyat. Lagunya yang paling terkenal termasuklah “Cattle Call” (1944), “I Really Don’t Want to Know” (1954), “You Don’t Know Me” (1956), “Tennessee Stud” (1959) dan “Make the World Go Away” (1965). |