Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata onn


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ONN JAAFAR, DATO'

Onn Jaafar, Dato’ (1895–1962), nasionalis, ahli

politik dan pentadbir. Dia lahir di Bukit Gambir,

Muar, Johor. Ayahnya, Dato’ Jaafar Muhammad

(1868-1919) adalah Menteri Besar Johor yang

pertama.

UMUM 
HUSSEIN ONN, TUNHUSSEIN ONN, Tun (1922-1990), Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Dia lahir pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru, Johor. Dia mendapat pendidikan menengah di English College, Johor Bahru. Bapanya, Onn bin Jaafar ialah Presiden Pertama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
HUSSEIN ONN, TUN

Hussein Onn, Tun (1922-1990), Perdana Menteri Malaysia (1976-1981). Beliau dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru, Johor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ONN JAAFAR

ONN JAAFAR, Dato’ (1895  - 1962), nasionalis, ahli politik dan pentadbir. Dia lahir di Bukit Gambir, Muar, Johor.  Ayahnya, Dato’ Jaafar Muhammad (1868 - 1919) adalah Menteri Besar Johor yang pertama.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
FARID M. ONN

FARID M. ONN (1939 -          ), ahli bahasa. Dia lahir pada 7 Mei 1939 di batu pahat, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pintas Raya, Batu Pahat (1946), Sekolah Melayu Pintas Puding, Batu Pahat (1948), Sekolah Melayu bandar Kluang (1949) dan Sekolah  Melayu Tanjung Semberung (1950). Pada tahun  1951, dia melanjutkan pelajarannya ke Singapura, iaitu di Sekolah Melayu Geylang dan kemudian di Tanjung Rhu English Primary School hingga tamat pada tahun 1954. Farid memperoleh pendidikan menengah di Raffles Institution, Singapura hingga lulus Cambridge School Certificate (1958) dan Higher School Certificate (1960).

BAHASATokoh
ABDULLAH FAHIM

Abdullah Fahim (1859-1961)tokoh politik dan

ulama Malaysia. Dia merupakan ahli Pertubuhan

Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama

di Seberang Perai, Pulau Pinang, iaitu semasa

UMNO dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar.

UMUM 
PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA, bahagian pemuda atau ‘sayap kanan’ Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).  Idea asal Dato’ Onn Jaafar ialah penubuhan pejabat Perkara-perkara Pemuda dan ia ditubuhkan secara rasmi pada bulan Mac 1947.  Kemudian pejabat ini dikenal sebagai Pejabat Pemuda.  Hussein Onn dilantik sebagai setiausaha kepada Pejabat Pemuda  (yang juga dikenal sebagai Setiausaha Hal Ehwal Pemuda UMNO).  Pada 26 Ogos 1949, bahagian pemuda ini dinaikkan taraf menjadi Perikatan Pemuda UMNO.  Cogan katanya ialah ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ yang menjadi garis panduan untuk bergerak.  Sekali lagi Hussein Onn dilantik sebagai Ketua Perikatan Pemuda UMNO.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
LEMBAGA MALAYA

LEMBAGA MALAYA, akhbar Melayu. Akhbar ini diterbitkan pada tahun 1934 oleh Onn bin Ja’afar dan Syed Omar Albar. Lembaga Malaya ialah akhbar mingguan dan diterbitkan pada setiap hari Isnin, di North Bridge Road, Singapura. Akhbar ini mempunyai 36 halaman dengan menggunakan tulisan Jawi. Pengarang utamanya ialah Onn bin Ja’afar dan dibantu oleh Syed Ja’afar Albar, sebagai penolong pengarang bahagian agama Islam. Akhbar ini menjadi salah satu bahan bacaan yang penting bagi masyarakat Melayu di selatan Tanah Melayu pada waktu itu.

SASTERAPenerbitan
SURUHANJAYA REIDKapsyen          :           Dato’ Onn Jaafar sedang menunjukkan memorandum UMNO-MCA kepada Suruhanjaya Reid, semasa kempen Pilihan Raya 1955

 

SURUHANJAYA REID, badan yang dibentuk bagi mendraf perlembagaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Badan ini terbentuk hasil daripada pertemuan dan perbincangan kemerdekaan Tanah Melayu di London dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Setia Usaha Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri Negeri United Kingdom dan wakil Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil raja-raja Melayu yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PARTI NEGARA

PARTI NEGARA, parti politik sebelum merdeka.  Parti ini ditubuhkan pada tahun 1954 di Kuala Lumpur oleh Dato' Onn bin Jaafar.  Turut menyokong penubuhan parti ini ialah Datuk Hamzah Abdullah, E.E.C. Thuraisingham, Heah Joo Sieng dan W. MacLeod.  Parti Negara ditubuhkan bertujuan untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1959 dengan sebuah kerajaan sendiri yang dipilih melalui pilihan raya.  Malah parti ini mempunyai struktur, dasar dan matlamat yang sama seperti Independence of Malaya Party (IMP) yang ditubuhkan oleh Dato' Onn sebelum itu.  Keahlian Parti Negara terbuka kepada semua kaum dan bergerak ke arah perpaduan bangsa di Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKegiatan
12

Kembali ke atas