| AHLI ZIMMAH | Ahli zimmah ialah orang bukan Islam yang tetap berpegang dengan agama mereka tetapi tinggal di dalam negara orang Islam berdasarkan perjanjian taat setia yang diadakan antara mereka dengan pemerintah Islam atau timbalannya. | UMUM | |
| KHARAJ | Kharaj ialah sebahagian harta yang diambil ke atas tanah yang dibuka oleh orang Islam, dan dibahagi-bahagikan antara mereka, seperti pembahagian harta rampasan perang atau tanah yang ditetapkan oleh pemerintah Islam untuk terus dimiliki oleh orang bukan Islam. | UMUM | |
| SYIAH | Syiah. Syiah ialah satu kumpulan orang Islam yang berpendapat bahawa kepimpinan negara (imamah atau khilafah ) bukan lagi satu keperluan umum yang diserahkan kepada orang ramai untuk menentukannya, malah ia menjadi satu rukun dan satu daripada prinsip agama Islam. Oleh yang demikian, mereka beranggapan bahawa adalah tidak wajar Rasulullah s.a.w. meninggalkan urusan ini atau menyerahkannya untuk diselesaikan sendiri oleh umat Islam. Baginda wajib menentukan imamah yang akan mentadbir urusan orang Islam. Lalu kumpulan ini membuat andaian bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah mewasiatkan imamah kepada Sayidina Ali ibn Abu Talib sebagai pengganti Baginda. | UMUM | |
| PARTI BUMIPUTERA SARAWAK | PARTI BUMIPUTERA SARAWAK, parti politik. Parti ini ditubuhkan pada tahun 1966. Kewujudan parti ini secara langsung memperlihatkan kebangkitan peribumi Islam dalam politik Sarawak. Dua buah parti Negara Sarawak (PANAS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA). Kedua-dua parti ini turut dianggotai oIeh golongan bumiputera bukan Islam. Kegagalan membawa masuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ke Sarawak memaksa parti Melayu yang sedia ada mencari cara yang lain bagi menyatukan orang Melayu dalam politik Sarawak. Kegagalan menubuhkan cawangan UMNO di Sarawak berpunca daripada perlembagaan UMNO yang tidak membenarkan keahliannya daripada kaum bumiputera bukan Islam. Selain itu, timbul juga kekhuatiran bahawa kemasukan UMNO akan menyebabkan parti politik itu akan mendominasi politik Sarawak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kegiatan |
| GUNDIK | GUNDIK, perempuan simpanan raja atau sultan. Isteri (permaisuri) raja biasanya berketurunan raja dan dikahwini secara sah, manakala gundik ialah perempuan bukan berdarah raja yang diambil sebagai hamba atau orang suruhan raja atau istana. Bilangan isteri raja tidak melebihi empat orang sesuai dengan hukum Islam. Sebaliknya, raja boleh mempunyai gundik seramai mungkin. Pada peringkat awal perkembangan, Islam membolehkan hamba digauli oleh tuannya. Raja mengambil kesempatan itu untuk menghalalkan perbuatan tersebut dengan mempunyai gundik antara 300 hingga 400 orang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |