Permainan kasut roda ialah suatu bentuk sukan dan rekreasi, di mana pemain meluncur dengan menggunakan kasut roda . Sesetengah orang meluncur di laluan jalan kaki dan di kawasan taman, sementara yang lainnya meluncur di gelanggang luncur dalam bangunan bersama iringan muzik. Ramai juga yang mengambil bahagian dalam pertandingan permainan kasut roda. Joseph Merlin, pereka cipta dan juga tukang pembuat alat muzik Belgium telah mencipta kasut roda kira-kira pada tahun 1760. |