Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.ro/.o.ro/] | اوروق٢

Definisi : Jw sj tumbuhan (pokok), kacang kayu, kacang riang-riang, kacang sekucuk, Crotalaria striata; ~ cina sj tumbuhan (pokok), giring landak, Crotalaria retusa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata orok-orok


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAMAN NEGARA CARLSBAD CAVERNS

Taman Negara Carlsbad Caverns, di

tenggara New Mexico, Amerika Syarikat terkenal

kerana terdapat banyak gegua atau gua. Gegua

yang paling besar ialah gua carlsbad Caverns.

Gegua ini merupakan salah sebuah gegua bawah

tanah yang terbesar di dunia. Dalam ruang gegua

ini, stalaktit dan stalagmit terbentuk menyerupai

kuil Cina, tiang besar, dan isikel seperti renda (lihat

Stalagmit; Stalaktit ). Satu ruang besar yang

dikenali sebagai Big Room, panjangnya 500 meter

dan lebarnya 335 meter. Di satu tempat, tinggi

silingnya 78 meter. Haiwan seperti musang,

gopher , jack rabbit , mule deer , dan ular orok-orok

terdapat di taman ini. Taman Negara ini dibina

pada tahun 1930. Untuk mengetahui keluasannya,

lihat Taman negara.

UMUM 
TARIAN HUJAN

Tarian hujan ialah upacara yang dilakukan oleh

Orang Asli Amerika dari kawasan barat daya

Amerika Syarikat untuk memohon kuasa semangat

supaya menurunkan hujan bagi tanaman mereka.

Mereka memohon kuasa semangat supaya hujan

diturunkan secukupnya dan pada masa yang paling

sesuai. Orang Asli Amerika biasanya mengadakan

tarian ini pada musim bunga ketika musim

menanam dan pada musim panas ketika tanaman

sedang membesar. Setiap suku mempunyai

upacara tersendiri untuk memanggil hujan.

Contohnya, peserta tarian hujan suku Orang Asli

Papago, menyanyi dan menari serta minum wain

yang diperbuat daripada jus pokok kaktus. Suku

Hopi pula menari sambil menggonggong ular

orok-orok hidup untuk merangsang dewa mereka

agar menurunkan hujan.

UMUM 

Kembali ke atas