Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : output 1. hasil pengeluaran, keluaran: pd masa ini pengeluaran semikonduktor terdiri drpd 80% jumlah ~ industri; 2. (Komp) hasil pemprosesan data oleh komputer; 3. (Fiz) isyarat yg diperoleh drpd litar elektronik; ~ data data yg boleh dikeluarkan oleh sesuatu peranti komputer; ~ grafik hasil janaan kom­puter dlm bentuk cetakan atau plot grafik; mengoutput mengeluarkan data dr sesuatu (sumber dsb): data input dikawal, disemak, diproses dgn betul menurut tatacara yg diperlukan, dan dioutput dgn tepat; pengoutputan proses mengoutput sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 jumlah atau hasil yg dike­luarkan oleh seseorang atau sesuatu (mesin, industri dsb); keluaran: Me­ningkatnya kecekapan akan me­nambah ~. 2 data atau maklumat yg diperoleh dr komputer dsb hasil sesuatu program: Dia meng­analisis ~ yg dikeluarkan dr komputer itu. mengoutput me­nge­luarkan atau menghasilkan out­put: Kamu boleh terus ~ imej tsb. peng­outputan proses atau hal mengout­put sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
output (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan keluaran, barangan, hasil, tuaian, pungutan, tangkapan, pertahunan, panen;,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANALISIS INPUT-OUTPUT

Analisis input-output ialah kaedah mengkaji

kaitan yang kompleks antara pelbagai bahagian

sesebuah ekonomi. Kaedah ini mempunyai pelbagai

kegunaan dalam kerajaan dan juga perniagaan. Ia

dicipta pada tahun 1920-an oleh ahli ekonomi

Amerika, Wassily Leontief.

UMUM 
EKONOMI BIDANGAN

Ekonomi bidangan atau dikenali juga sebagai pulangan bertambah ikut bidangan ialah keadaan apabila kadar atau peratus pertambahan output melebihi kadar atau peratus pertambahan input.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep

Kembali ke atas