ADRIAN IV | Adrian IV (kira-kira tahun 1110–1159) ialah satu- satunya paus Inggeris. Dia dilantik menjadi paus pada tahun 1154. Pada masa pelantikannya, pemberontakan menentang institusi paus sedang berleluasa di bandar Rom. Adrian meletakkan Rom di bawah sekatan agama. Dengan bantuan Maharaja Rom Holy, Frederick I, Adrian berjaya mengawal semula bandar tersebut. Adrian banyak membuat tuntutan untuk menguatkan kuasa paus dan dasarnya terhadap maharaja Frederick mencetuskan pemisahan yang serius antara Empayar Rom dengan institusi paus selepas kematiannya. | UMUM | |
EDWARD IV | Edward IV (1442–1483), menjadi raja England pada tahun 1461. | UMUM | |
SIXTUS IV | Sixtus IV (1414–1484) adalah antara paus Zaman Renaissance yang terkenal kerana jahatnya. Dia dipilih sebagai paus pada tahun 1471, dan politik Itali mendominasi banyak pemerintahannya. Dia juga merupakan penaung besar bagi pembelajaran dan seni Renaissance. | UMUM | |
SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV | SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV (? – 1721), Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang (1699 – 1718). Nama sebenarnya ialah Tun Abdul Jalil. Baginda menjadi bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja Johor semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah II (1685 – 1699). Sultan Mahmud mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama pada tahun 1699 tanpa meninggalkan zuriat. Justeru itu, Bendahara Tun Abdul Jalil melantik dirinya sebagai Sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Adinda baginda, Tun Mahmud, dilantik sebagai Raja Muda dan Tun Mas Anom sebagai Bendahara Seri Maharaja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
EDWARD V | Edward V (1470–1483), menggantikan ayahandanya, Edward IV, sebagai raja England pada bulan April 1483 pada usia 12 tahun. | UMUM | |
ALEXANDER III | Alexander III (1105–1181), dipilih menjadi paus pada tahun 1159. Maharaja Rom Holy, Frederick I, menyokong seorang antipaus yang bernama Victor IV yang dipilih oleh sekumpulan minoriti kardinal. Perselisihan antara maharaja dengan golongan paus menyebabkan perpecahan antara golongan paus yang membawa kepada terpilihnya tempat golongan antipaus di sepanjang pemerintahan Alexander. | UMUM | |
EDICT OF NANTES | Edict of Nantes merupakan pengiktirafan toleransi agama secara rasmi yang pertama oleh negara Eropah besar. Raja Henry IV dari Perancis menandatangani edik ini di bandar Nantes pada 13 April 1598. | UMUM | |
SENI BINA GEORGE | Seni bina George ialah gaya utama seni bina di England semasa pemerintahan Raja George I, II, III, dan IV. Raja-raja ini memerintah dari tahun 1714 hingga tahun 1830. Seni bina George juga banyak mempengaruhi bangunan di koloni Amerika dan Amerika Syarikat Timur pada tahun 1700-an dan awal tahun 1800-an. | UMUM | |
RIAU-LINGGA | RIAU-LINGGA, kesultanan Melayu pada abad ke-18 dan abad ke-19. Nama kerajaan Riau-Lingga diubah bergantung pada tempat pusat kerajaan itu. Setelah kerajaan Melaka dikalahkan oleh Portugis pada tahun 1511, pusat kerajaan didirikan di bahagian selatan Johor, dan selama abad ke-17, kerajaan Melaka disebut kerajaan Johor. Pada tahun 1699, sewaktu Sultan Mahmud (Marhum Mangkat Dijulang) dibunuh, Bendahara Tun Abdul Jalil dilantik sebagai Sultan dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Pada tahun yang sama, kerajaan Johor diserang oleh Raja Kecil dari Siak yang mendakwa dirinya putera Sultan Mahmud. Dengan itu, pusat kerajaan Johor dipindahkan ke Pulau Bintan. Pada tahun 1709, sultan dan kerabat istana berpindah ke Riau, Pulau Bintan. Sepanjang abad ke-18, kerajaan Johor disebut Riau-Lingga kerana kota sultan terdapat di beberapa tempat di Riau, dan wilayah yang diperintah sultan termasuk Pulau Lingga, pulau-pulau lain di kawasan Laut China Selatan dan di Semenanjung Tanah Melayu, Johor dan Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
MAHMUD II | Mahmud II (1199 H.–1255 H./1784 M.–1839 M.) ialah Sultan Mahmud II putera Sultan Abdul Hamid I, salah seorang sultan kerajaan Uthmaniyyah. Baginda lahir di Islambul (sekarang digunakan nama Istanbul) dan menduduki takhta pemerintahan selepas abangnya, Sultan Mustafa IV pada tahun 1223 H./1808 M. Namanya dikaitkan dengan gerakan pembaikan dalaman bagi menyusun semula kerajaan dan memerangi gerakan reformasi di Najd yang diketuai oleh Imam Muhammad ibn Saud dan Muhammad ibn ‘Abd al- Wahhab lebih-lebih lagi apabila gerakan ini mampu menggabungkan Hijaz dan Ahsa dalam Kerajaan Pertama Saudi. Namanya juga dikaitkan dengan penyusunan tentera Turki dan menukarkannya kepada sistem ketenteraan yang teratur. Usaha penyusunan tentera ini selesai pada tahun 1241 H./1825 M. | UMUM | |