SENGKENIT | Sengkenit ialah haiwan halus yang menghisap darah, yang berkaitan dengan hama, labah-labah dan kala jengking. Sengkenit berbentuk bujur. Ia adalah parasit, iaitu ia hidup pada haiwan-haiwan lain. Sengkenit dan hama menyebabkan pelbagai penyakit pada manusia dan pada haiwan bela jinak. Sengkenit sering membawa kuman penyakit tertentu dalam badannya dan memindahkan kuman ini ke dalam darah mangsanya. Kadangkala gigitan sengkenit adalah beracun. Ada kes gigitannya menyebabkan lumpuh. Bagaimanapun, kes demikian tidak biasa berlaku, dan mangsa biasanya pulih dengan cepat apabila sengkenit dibuang. | UMUM | |
PROGESTERON | Progesteron ialah hormon yang dikeluarkan terutamanya oleh ovari dan plasenta pada haiwan betina dalam tempoh haiwan ini boleh melahirkan anak. Sejumlah kecil hormon ini juga dikeluarkan oleh kelenjar adrenal pada kedua-dua haiwan jantan dan betina, dan oleh testes pada haiwan jantan. | UMUM | |
ESTROGEN | Estrogen ialah mana-mana satu daripada sekumpulan hormon yang sama dari segi kimia yang menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan ciri-ciri seksual wanita pada manusia dan ciri-ciri seksual betina pada haiwan-haiwan lain. Estrogen juga mempengaruhi kitaran pembiakan wanita. | UMUM | |
REMORA | Remora ialah ikan yang mempunyai penyedut di atas kepalanya yang digunakan untuk melekatkan dirinya pada haiwan laut yang lebih besar. Remora hidup di laut panas hingga ke laut tropika. Panjangnya kira-kira 15 sentimeter hingga 110 sentimeter. | UMUM | |
EKOR | Ekor ialah bahagian badan haiwan vertebrat yang menganjur ke belakang menjangkaui pelvis. Pada haiwan tanpa anggota, ekor ialah bahagian badan yang menganjur menjangkaui dubur. | UMUM | |
OSMOSIS | Osmosis ialah pergerakan cecair dari satu larutan ke dalam larutan lain melalui membran yang memisahkannya. Proses ini perlu bagi kehidupan benda hidup. Misalnya, tumbuhan menyerap kebanyakan airnya melalui osmosis. Pada haiwan, osmosis membantu mengawal aliran air di antara bendalir badan dengan sel. Osmosis juga mempunyai beberapa kegunaan industri, seperti penulenan air dan pengawetan makanan. | UMUM | |
METAMORFOSIS | Metamorfosis ialah perkataan Yunani yang bermakna transformasi. Ahli biologi menggunakan perkataan ini untuk menjelaskan perubahan nyata pada bentuk dan rupa yang berlaku pada haiwan peringkat rendah antara fasa pembesaran dengan fasa dewasa. | UMUM | |
SILIUM | Silium ialah struktur halus bak rambut yang mengunjur daripada jenis sel tertentu. Silium adalah kurus dan sentiasa bergerak. Ia terlalu halus hinggakan ia hanya boleh dilihat menerusi mikroskop. Pada haiwan peringkat tinggi, silium terdapat pada sel membran hidung, telinga, dan tiub yang menuju ke paru-paru. Pergerakan silium yang berombak dalam organ ini menolak keluar habuk, bakteria, dan mukus, dan menjaga saluran supaya bersih. Pada banyak haiwan yang hidup dalam air, sel yang mengandungi silium mengipas air yang mengandungi makanan dan oksigen ke dalam haiwan tersebut. Banyak organisma bersel satu mempunyai silium yang berfungsi sebagai organ deria dan sebagai cara bergerak. Lihat juga Protozoa (Siliat). | UMUM | |
DISTEMPER | Distemper ialah penyakit berjangkit pada anjing dan haiwan-haiwan lain. | UMUM | |
METABOLISME | Metabolisme ialah jumlah proses kimia yang membolehkan sel menghasilkan bahan dan tenaga yang diperlukan untuk hidup. Metabolisme mempunyai dua fasa: (1) anabolisme atau metabolisme membina, iaitu sel menggabungkan molekul untuk membentuk bahan organik baru, dan (2) katabolisme atau metabolisme memusnah, iaitu sel menguraikan molekul untuk mendapatkan tenaga dan membebaskan haba. Semua organisma melakukan kedua-dua fasa ini secara tetap. Rencana ini secara khusus membincangkan metabolisme manusia, tetapi, proses yang serupa berlaku pada haiwan peringkat tinggi. | UMUM | |