STOR KAPAL | Stor kapal. Pada masa kapal kayu digunakan, istilah stor kapal merujuk kepada tar dan gala-gala. Dua bahan ini penting untuk membina kapal. Kini, istilah stor kapal termasuklah damar, turpentin, gala-gala, dan hasil tar daripada pokok pain dan beberapa pokok damar. | UMUM | |
MIKADO | Mikado ialah gelaran Maharaja Jepun pada masa silam. Istilah ini digunakan juga oleh orang-orang asing. Istilah ini asalnya ialah perkataan Jepun yang bermaksud pintu yang disanjungi. Penggunaan istilah memperlihatkan sanjungan orang Jepun terhadap pemerintah mereka. Selepas tamadun Cina sampai ke Jepun pada tahun 500-an M., orang Jepun mula menggelar maharaja mereka Tenno, yang bermaksud Maharaja dari Syurga. Maharaja tidak dipanggil dengan namanya sendiri. Maharaja dan pemerintahan mereka pada masa kini dikenali dengan nama yang dipilih khas untuk mereka. Maharaja Hirohito dikenal dengan nama Tenno Showa atau Maharaja Showa. | UMUM | |
PIPE | Pipe ialah alat muzik yang merupakan leluhur kepada organ pipe pada masa kini dan alat tiup yang lain. Pipe mungkin merupakan alat muzik yang paling tua. Menurut legenda Yunani, pipe mula-mula direka cipta oleh Pan (lihat Pan ). Manusia prasejarah menggunakan tulang sebagai pipe primitif. | UMUM | |
KEMBAR LIMA | Kembar lima ialah lima orang bayi yang dilahirkan oleh seorang ibu pada masa yang sama. Kebanyakan ahli sains percaya bahawa kehamilan kembar lima ini berlaku hanya sekali dalam setiap 15 hingga 20 juta kelahiran. | UMUM | |
KABEL | Kabel ialah unit ukuran nautika. Ia biasanya dikenali sebagai panjang kabel kerana pada masa dahulu, ia merupakan anggaran ukuran panjang kapal atau rantai sauh. | UMUM | |
KESULTANAN DELHI | Kesultanan Delhi ialah kerajaan Islam yang terkenal pada masa dahulu yang merangkumi Bangladesh, India dan Pakistan. | UMUM | |
KANKER | Kanker ialah kudis kecil dan menyakitkan di mulut. Satu atau beberapa kanker mungkin terjadi pada masa yang sama di lidah atau di bibir. | UMUM | |
KHOIKHOIN | Khoikhoin ialah nama orang yang berkulit kuning di selatan Afrika. Pada masa dahulu orang ini dikenali sebagai Hottentot. | UMUM | |
TARTARY | Tartary, pada masa dahulu ialah nama bagi sebuah wilayah yang sangat besar di Eropah dan Asia yang didiami oleh puak Tartar. Wilayah ini terletak di luar Tembok Besar China merangkumi bahagian utara China, Mongolia, Xinjiang, dan bahagian selatan Rusia. Kini, nama Tartary selalunya digunakan cuma pada kawasan yang dikenal sebagai Xinjiang atau Turkestan China dan juga sebahagian besar bahagian barat Mongolia. | UMUM | |
KEBULURAN BESAR | Kebuluran Besar berlaku di Ireland dari tahun 1845 hingga 1847. Ia disebabkan oleh kegagalan tanaman kentang. Pada masa itu, kentang ialah makanan utama bagi kebanyakan orang Ireland. | UMUM | |