| STADIUM | Stadium ialah struktur besar untuk penonton yang dibina mengelilingi padang permainan atau arena. Stadium mempunyai tempat duduk yang diatur dalam baris. Dari tempat duduk ini, penonton dapat melihat acara sukan dan acara awam lain seperti konsert. Stadium terbesar di dunia termasuklah Stadium Strahov di Prague, Republik Czech, dan Stadium Perbandaran Maracana di Rio de Janeiro, Brazil. Kedua-dua stadium ini boleh menampung lebih daripada 200 000 penonton. | UMUM | |
| TAMAN PERMAINAN | Taman permainan ialah kawasan luar rumah yang digunakan untuk bermain. Kebanyakan taman permainan direka khas untuk kanak-kanak, tetapi di sesetengah negara seperti di Amerika Syarikat, taman permainan juga menyediakan kemudahan bersukan untuk orang dewasa. Di negara tertentu seperti di United Kingdom, kawasan permainan yang mempunyai kemudahan bersukan dikenali sebagai padang permainan. Istilah taman permainan biasanya bermaksud kawasan untuk kanak-kanak bermain buaian, memanjat kerangka besi dan kelengkapan permainan yang lain. Rencana ini hanya mengenai taman permainan jenis yang kedua ini. | UMUM | |
| BOLING PADANG | Boling padang, permainan yang memerlukan seseorang pemain meleretkan bola sedekat yang mungkin kepada bola sasaran yang dikenali sebagai jack. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
| KRIKET | Kriket ialah permainan yang dimainkan dengan kayu pemukul dan bola oleh dua pasukan yang terdiri daripada 11 pemain dalam setiap pasukan. Permainan ini terutamanya popular di Britain, dan di banyak negara yang pernah menjadi koloni British. Kriket dimainkan di padang rumput berbentuk bulat atau bujur. Pergerakan tertumpu pada sebidang padang di antara dua wiket yang dinamakan lapangan tengah (pitch). Setiap wiket terdiri daripada tiga kayu pancang dan dua batang kayu yang dinamakan anak pancang yang terletak di atas kayu pancang. | UMUM | |
| POLO | Polo ialah sukan menggunakan bola yang dimainkan dengan menunggang kuda di padang yang luas atau di dalam bangunan. Dalam permainan ini, dua pasukan yang mempunyai empat pemain setiap pasukan akan cuba memukul bola ke gawang pihak lawan. | UMUM | |
| MEMBALING TUKUL BESI | Membaling tukul besi, acara padang yang menggunakan sejenis bola besi yang diikat pada dawai besi. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
| MELONTAR PELURU | Melontar peluru, acara padang yang menggunakan bebola besi dikenali sebagai peluru yang dilontar sejauh yang boleh ke kawasan mendarat. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
| MELEMPAR CAKERA | Melempar cakera, acara padang yang menggunakan sejenis alat yang berbentuk bulat leper, diperbuat daripada kayu dengan bahagian tepi dan tengahnya berlogam, dilempar sejauh mungkin ke kawasan mendarat. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
| MEREJAM LEMBING | Merejam lembing. Acara padang yang memerlukan seseorang peserta membaling lembing sejauh yang mungkin ke dalam kawasan mendarat. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
| LOMPAT JAUH | Lompat jauh ialah acara padang yang melibatkan larian pantas dan diikuti dengan lonjakan sejauh yang mungkin sebelum mendarat di atas pasir. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |