BATU PAHAT | BATU PAHAT, sebuah daerah di Johor yang telah wujud sebagai satu kawasan petempatan sejak zaman Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
CANDI BUKIT BATU PAHAT | CANDI BUKIT BATU PAHAT, monumen berusia lebih daripada 1000 tahun mengikut takrif Akta Bendapurba 1976, terletak di Lembah Bujang, Kedah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
SYED NASIR ISMAIL, TUN | Syed Nasir Ismail, Tun (1921–1982) ialah tokoh bahasa dan ahli politik. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat, Johor. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di Government English School, Batu Pahat dan lulus Senior Cambridge pada tahun 1938. Setelah menamatkan pelajaran pada peringkat menengah, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim dan mengambil kursus Penolong Nazir sekolah-sekolah. | UMUM | |
KHADIJAH HASHIM | KHADIJAH HASHIM (1945 - ), novelis. Dia lahir di Batu Pahat, Johor. Dia mendapat pendidikan awal dan menengah berpengantar Melayu dan Inggeris di Batu Pahat. Semenjak di bangku sekolah, Khadijah mempunyai kebolehan dalam lapangan syarahan dan bahasa, dan mempunyai minat mendalam dalam pelajaran bahasa dan sastera. | SASTERA | Tokoh |
MALEK NOOR | Malek Noor (1954– ), ahli bina badan. Dia lahir pada 13 November 1954 di Batu Pahat, Johor. Dengan ketinggian 1.67 meter dengan berat badan 220 hingga 230 paun, bekas pegawai polis ini telah mencatat banyak kejayaan buat negara dalam sukan bina badan. | UMUM | |
SYED NASIR ISMAIL, TUN | SYED NASIR ISMAIL, Tun, (1921-1982), tokoh bahasa dan ahli politik. Beliau lahir pada 7 Mac 1921 di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat. Kemudian, beliau memasuki Government English School Batu Pahat hingga lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1938. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
LOKMAN MUSA | LOKMAN MUSA, Datuk (1926– ), tokoh pendidikan. Dia lahir di Pontian, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Pontian dan di Sekolah Melayu Bandar Penggaram, Batu Pahat, Johor. Pendidikan menengah Lokman di Sekolah Inggeris Kerajaan, Batu Pahat dan di English College, Johor Bahru. Kemudian dia menjalani latihan perguruan di Pusat Latihan Perguruan Normal, Batu Pahat. Lokman melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Singapura; Universiti of Sussex, United Kingdom dan Harvard University, Amerika Syarikat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
FARID M. ONN | FARID M. ONN (1939 - ), ahli bahasa. Dia lahir pada 7 Mei 1939 di batu pahat, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pintas Raya, Batu Pahat (1946), Sekolah Melayu Pintas Puding, Batu Pahat (1948), Sekolah Melayu bandar Kluang (1949) dan Sekolah Melayu Tanjung Semberung (1950). Pada tahun 1951, dia melanjutkan pelajarannya ke Singapura, iaitu di Sekolah Melayu Geylang dan kemudian di Tanjung Rhu English Primary School hingga tamat pada tahun 1954. Farid memperoleh pendidikan menengah di Raffles Institution, Singapura hingga lulus Cambridge School Certificate (1958) dan Higher School Certificate (1960). | BAHASA | Tokoh |
OYSTERCATCHER | Oystercatcher ialah nama beberapa spesies burung randuk yang tinggal di pantai di kebanyakan bahagian di dunia. Nama ini diberi kerana paruh oystercatcher yang bertepi tajam dan berbentuk pahat, yang digunakannya untuk mengopek cangkerang moluska seperti kupang dan tiram, dan untuk mencungkil berangas daripada batu. | UMUM | |
ZAHARAH NAWAWI | ZAHARAH NAWAWI (1940- ), wartawan dan penulis. Dia lahir pada 5 Mei 1940 di Kampung Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Nama penuhnya ialah Zaharah binti Haji Nawi. Dia menggunakan nama samaran seperti I.M., Iman Murni, Pena Mutiara, Zahni Batu Pahat, Zahni Malaya, Sutera Dewangga dan Julai Isytihar dala penulisnya. | SASTERA | Tokoh |