DOUBLET | Doublet dalam pakaian, lihat Pakaian (Zaman Renaissance); dalam barang kemas, lihat Permata (Permata tiruan dan sintetik). | UMUM | |
PAKAIAN BASAHAN | PAKAIAN BASAHAN, pakaian yang dipakai setiap hari seperti baju, seluar, kain sarung, kain ikat kepala dan segala jenis pakaian dalam. Pakaian basahan sering dikaitkan dengan pakaian yang agak lusuh, dipakai ketika berada di dalam rumah atau membuat kerja-kerja di sekitar rumah. Pakaian basahan juga merangkumi pakaian harian yang dipakai oleh orang kampung ketika pergi ke sawah, ke kebun, atau melakukan apa jua kerja harian yang lasak. | BUDAYA | Pakaian |
BAJU KUTANG | BAJU KUTANG, baju dalam yang biasanya disebut ‘kutang’ sahaja dipakai oleh kaum wanita. Kutang juga disebut ‘coli’. Kutang yang ada pada hari ini berasal daripada korset (corset) yang dipakai sebagai pakaian dalam atau pakaian berhias di sebelah luar bagi menyokong payu dara dan membentuk susuk tubuh sebenar. Korset merupakan pakaian purba yang dipakai sejak Zaman Gangsa oleh wanita Minoan bagi membentuk pinggang dan payu dara. | BUDAYA | Pakaian |
PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN | PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN, pakaian yang dipakai oleh seseorang semasa menziarah kematian atau melawat jenazah. Dalam sesuatu istiadat ziarah dan penghormatan terakhir kemangkatan diraja, pakaian lelaki Islam adalah pakaian seragam atau uniform yang mirip kepada pakaian istiadat yang dipakai oleh pasukan beruniform. Pakaian lain iaIah sepasang baju Melayu yang lengkap tetapi tidak ditentukan warnanya. Keluarga diraja pula memakai baju Melayu berwarna putih dan bersongkok. Bagi orang kebanyakan dikehendaki memakai songkok yang dililit dengan kain putih, selebar lebih kurang 3.5 cm. | BUDAYA | Pakaian |
PAKAIAN SERAGAM | Pakaian seragam ialah satu gaya pakaian yang boleh digunakan untuk mengenal pasti pemakainya sebagai ahli sesebuah kumpulan ataupun sebagai pekerja dalam sesuatu bidang tertentu. | UMUM | |
PAKAIAN PERTABALAN | PAKAIAN PERTABALAN, pakaian istiadat raja atau sultan pada hari pertabalan baginda. Dalam istiadat Melayu, pakaian yang dipakai pada hari pertabalan tidak dianggap sebagai satu alat kebesaran. Pakaian yang dijadikan alat kebesaran terpenting ialah tengkolok diraja. | BUDAYA | Pakaian |
MESIN BASUH | Mesin basuh ialah alat membasuh pakaian, linen, dan barangan lain dengan cepat. Sebelum mesin basuh dicipta, manusia menghabiskan masa berjam-jam membasuh pakaian dengan tangan. Sesetengah orang merendam pakaian mereka di dalam sungai dan kemudian memukulnya dengan batu untuk mengeluarkan kotoran. Kemudian, orang menyental basuhan mereka di atas papan basuhan. Sesetengah orang masih lagi menggunakan kaedah tersebut sehingga ke hari ini. | UMUM | |
TAMPAL HIAS | Tampal hias ialah proses hiasan yang digunakan dalam menjahit dan membuat pakaian. Ia termasuk menjahit potongan kain yang telah direka bentuk ke atas helaian yang lebih besar. Bahagian tepi helaian yang direka bentuk itu biasanya dilipat. Kemudian ia dijahit ke atas helaian kain yang besar dengan jahitan yang kecil dan tersembunyi atau jahitan hiasan. | UMUM | |
PAKAIAN MELAYU | PAKAlAN MELAYU, pakaian yang dipakai oleh orang Melayu sama ada lelaki atau wanita. Maklumat atau dokumen yang menerangkan pakaian Melayu sejak dahulu memang amat sukar diperoleh. Namun begitu gambaran tentangnya sering terdapat dalam buku sejarah atau hikayat lama yang secara langsung boleh dijadikan rujukan, walaupun secara samar-samar. | BUDAYA | Pakaian |
BUTANG | Butang ialah objek bulat leper atau objek berbentuk lain yang digunakan untuk merapatkan pakaian. Butang dijahit pada satu sisi pakaian dan dimasukkan ke dalam lubang butang atau gelung di sisi yang satu lagi. | UMUM | |