PAKATAN KEAMANAN KELLOGG-BRIAND | Pakatan Keamanan Kellogg-Briand yang juga dikenali sebagai “Pakatan Paris”, yang mengutuk keputusan berperang sebagai cara menyelesaikan masalah antarabangsa, dan menyeru jalan penyelesaian secara aman. | UMUM | |
PAKATAN BERTIGA | Pakatan Bertiga bermakna perjanjian tiga kali ganda. Apabila tercetusnya Perang Dunia I pada tahun 1914, kuasa utama Eropah membentuk dua kuasa yang bertentangan. Jerman, Austria-Hungary dan Itali membentuk Perikatan Bertiga, manakala United Kingdom , Perancis dan Rusia membentuk Pakatan Bertiga (lihat Perikatan Bertiga). | UMUM | |
PERTUBUHAN PERJANJIAN ATLANTIK UTARA (NATO) | Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyediakan kepimpinan ketenteraan yang bersatu untuk pertahanan bersama 16 buah negara Barat. NATO ditubuhkan pada tahun 1949 oleh negara yang bersekutu di bawah pakatan ini. Pakatan ini menyediakan pertahanan bersama terhadap kemungkinan serangan oleh Kesatuan Soviet atau penyerang yang lain. Menurut pakatan ini, serangan bersenjata yang dilakukan ke atas satu atau lebih negara anggota di Eropah atau Amerika Utara akan dianggap sebagai serangan ke atas kesemua negara anggota dalam perikatan ini. | UMUM | |
PAKATAN WARSAW | Pakatan Warsaw ialah perjanjian yang mengumpulkan negara-negara Eropah Timur di bawah pemerintahan tentera yang bersepadu. | UMUM | |
PAKATAN LORONG CATO | Pakatan Lorong Cato ialah komplot untuk membunuh anggota Kabinet British pada tahun 1820. | UMUM | |
PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU-BUKU DIRAJA JOHOR | Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.), badan persuratan ditubuhkan pada tahun 1888 di Semenanjung Tanah Melayu. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DIRAJA JOHOR | PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DIRAJA JOHOR, badan persuratan yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu bertujuan untuk menggalakkan kegiatan persuratan Melayu. Nama asalnya ialah Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (P.Bm.P.B.), dan ditubuhkan pada tahun 1888. Pengasasnya ialah Dato' Abdul Rahman bin Andak (Dato' Seri Amar Diraja Johor). Antara kegiatan utama P.Bm.P.B. ini ialah menganjurkan perbincangan dan penubuhan sebuah perpustakaan sebagai pusat sumber bahasa (Melayu dan Inggeris). | BAHASA | Bahasa |
PEDOMAN EJAAN PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DI RAJA JOHOR | PEDOMAN EJAAN PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DI RAJA JOHOR, buku pedoman ejaan. Pedoman ini dikenaI juga sebagai Pedoman Ejaan P.Bm.P.B. Diraja Johor atau Pedaman Ejaan Pakatan. Pedoman ini disusun oleh Mejar Dato' Haji Muhammad Said Haji Suleiman. Tujuan diadakan pedoman ini adalah untuk menyeragamkan dan membakukan ejaan jawi yang digunakan dalam penerbitan bahasa Melayu, khususnya di Johor. Semasa pedoman ini disusun, perbincangan telah dibuat oleh Haji Muhammad Said dengan Pendeta Za'ba yang bertugas di Tanjung Malim pada ketika itu. Pada tahun 1937, pedoman ini diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-buku Diraja Johor dengan judul Panduan Bagi Hejaan P.Bm.P.B. Diraja, iaitu sebagai pedoman rasmi bagi ejaan Jawi untuk kegunaan Pakatan dan ahli-ahlinya, serta juga penerbitan buku-buku bagi kerajaan Johor. Pedoman ini mengandungi 25 halaman. | BAHASA | Bahasa |
PERSIDANGAN LOCARNO | Persidangan Locarno, menghasilkan Pakatan Keselamatan Rhineland dan enam perjanjian lain. Pada bulan Oktober 1925, perwakilan daripada tujuh buah negara Eropah bertemu di Locarno, Switzerland untuk membincangkan rancangan mengekalkan keamanan di Eropah. Belgium, Czechoslovakia, Perancis, Jerman, Britain, Itali dan Poland menghantar wakil ke persidangan tersebut. Masalah yang paling penting dalam persidangan ini adalah untuk mencari penyelesaian antara Perancis dengan Jerman. Selepas Perang Dunia I, pertama kali persidangan itu menerima Jerman sebagai sebuah negara sahabat. Apabila persidangan ini tamat pada 16 Oktober 1925, para perwakilan bersetuju menandatangani tujuh perjanjian. | UMUM | |
KOMPLOT SERBUK LETUPAN | Komplot serbuk letupan ialah pakatan untuk meletupkan Bangunan Parlimen Inggeris pada 5 November 1605, ketika Raja James I dan majlis pegawai kerajaan akan berada di situ. | UMUM | |