PALA | Pala ialah pokok tropika yang ditanam secara komersial bagi mendapatkan rempah yang dihasilkan. | UMUM | |
ALLSPICE | Allspice ialah sejenis rempah berperisa menyamai gabungan kayu manis, cengkih, dan buah pala. Allspice kadangkala dinamai <I>lada Jamaica I>atau <I>pimento I>. Ia diperoleh daripada buah beri yang belum matang daripada pokok pimento. | UMUM | |
MALUKU | MALUKU, pusat penghasilan dan perdagangan rempah yang utama pada abad ke-15 dan awal abad ke-16. Maluku terletak di Propinsi Bahagian Timur, Indonesia. Maluku lebih dikenali sebagai Molucaas (pulau rempah) bagi orang Barat. Pulau-pulau yang terletak di utara Maluku dianggap sebagai habitat asal bagi tanaman bunga cengkih, manakala tanaman buah pala yang menghasilkan buah dan kulit buah pala pula dikatakan berasal dari Pulau Banda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
REMPAH | Rempah ialah nama yang diberi kepada perasa makanan yang dibuat daripada tumbuhan. Rempah mempunyai rasa dan bau yang kuat. Sesetengah rempah dinilai kerana rasanya, dan yang lain kerana baunya. Manusia di seluruh dunia menambah rasa makanan dengan rempah. Rempah biasa termasuk lada hitam, buah pala, cengkih, halia, allspice, mace, mustard, dan kayu manis. | UMUM | |