BAHASA MELAYU PALEMBANG | | BAHASA | Konsep |
SONGKET PALEMBANG | SONGKET PALEMBANG kain songket yang berasal dari Palembang dan merupakan lambang kebesaran dan keagungan adat masyarakatnya. Songket ini dibuat daripada benang sutera dengan ikat pakan yang mempunyai ciri warna merah tua dan ungu dengan kepala kain daripada songket benang emas 24 karat. | BUDAYA | Pakaian |
PALEMBANG | PALEMBANG, ibu kota dan pusat pemerintahan kerajaan Sriwijaya dari abad ke-7 M. hingga abad ke-11 M. Palembang terletak di tebing Sungai Musi, di pantai timur Pulau Sumatera, Indonesia. Kota yang terletak lebih kurang 80 km dari kuala sungai ini tidak banyak menunjukkan yang ia pernah menjadi sebuah kota yang teragung kerana tidak ada tinggalan monumen besar, candi, benteng atau biara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
DEMANG LEBAR DAUN | Demang Lebar Daun (? – ?), mangkubumi kerajaan Palembang. Dia menguasai Muara Tatang (Batanghari), hulu Sungai Melayu. Bukit Siguntang terletak di kawasan ini. Menurut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun ialah orang yang pertama menggunakan bahasa diraja seperti ‘Yang Dipertuan’ dan ‘Patik’ dalam perbualannya. | UMUM | |
PARAMESWARA | Parameswara ( ? –1414), pengasas Kesultanan Melaka, Raja Melaka yang pertama (1399–1414). Parameswara berasal dari Palembang, Sumatera, Indonesia. Mengikut Sulalatus Salatin, namanya dicatatkan sebagai Raja Iskandar Syah, kerana ingin menampakkan pertalian zuriatnya dengan Iskandar Zulkarnain. Menurut sumber dari China dan Portugis, masing-masing mencatatkan namanya sebagai ‘Pai-limi- sula’ dan ‘Parameswara’. | UMUM | |
SULTAN MAHMUD BADARUDDIN | SULTAN MAHMUD BADARUDDIN ( ? - ? ), Sultan Palembang. Nama sebenar baginda ialah Pangeran Jayakrama. Dia lebih dikenal sebagai Sultan Agung Palembang. Nama lain baginda ialah Sultan Lemahabang, iaitu nama yang diberikan oleh rakyat kerana baginda membangun kompleks pemakaman diraja di Lemahabang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SANG NILA UTAMA | Sang Nila Utama ( ? –1348), raja Melayu yang mula-mula membuka Singapura. Baginda memerintah dari tahun 1300 hingga tahun 1348. Baginda ialah putera kepada Sang Sapurba dengan isterinya, puteri Palembang. Baginda dikahwinkan dengan puteri Raja Bentan, Wan Seri Beni dan kemudiannya dilantik oleh Raja Bentan menjadi raja di Pulau Bentan. | UMUM | |
SRIWIJAYA | SRIWIJAYA, kerajaan Melayu-Buddha di Sumatera pada abad ke-7 M. Kerajaan ini berpusat di Palembang. Antara tahun 671 M. hingga 695 M. Sriwijaya berjaya mengembangkan pengaruhnya di kerajaan-kerajaan di Selat Melaka berdasarkan penemuan prasasti Sriwijaya yang terdapat di Palembang, Bangka, Karang Brahi dan Palas Pasemah yang bertarikh 683/684 M. Pada tahun 776 M. kuasa Sriwijaya dipercayai sampai ke selatan Thailand sehingga ke Chaiya dengan merujuk prasasti Ligor. Antara kerajaan yang ditaklukinya ialah Chieh-cha, Pan-pan, Langkasuka dan Takuapa. Pada abad ke-9 M. Sriwijaya menjalin hubungan keluarga dengan dinasti Sailendra yang memerintah di Jawa Tengah. Bukti hubungan kekeluargaan ini dapat dirujuk kepada prasasti Ligor, inskripsi Leiden dan inskripsi Chola. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
SUNGAI MUSI | SUNGAI MUSI, sungai terbesar dan utama di Sumatera Selatan, Indonesia. Panjang sungai ini adalah lebih kurang 520 km dengan kawasan lembangan seluas 61 250 km persegi. Sungai ini berpunca dari Banjaran Bukit Barisan di barat berhampiran gunung berapi Kaba di Bengkulu. Laluannya di tenggara dan ke timur laut, merentangi banjaran gunung di daerah hulu Palembang sehingga ke kaki bukit di Tebing Tinggi. Sungai ini mengalir keluar ke Selat Bangka melalui empat pelabuhan iaitu Sali, Ogan, Sungsang (Soensang) dan Pontian. Pada musim hujan, kapal-kapal boleh memudiki sungai ini sehingga ke pertembungan Sungai Lematang, iaitu cawangannya di hilir. Jarak Sungai Lematang ke laut ialah sejauh 270 m. Sungai Musi bersama-sama dengan Sungai Ogan dan Sungai Komering bertembung di Palembang dan kawasan Pladju oleh beberapa cawangan sungai yang kecil. Sungai Musi yang dalam membolehkan kapal-kapal besar melaluinya tetapi di Sungsang, airnya lebih cetek. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KEDUKAN BUKIT | KEDUKAN BUKIT, prasasti Sriwijaya. Prasasti ini bertarikh 683 M. dan terletak di Palembang, Sumatera, Indonesia. ‘Kedukan’ dalam bahasa Jawa bererti menggali. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |