SAPPORO | Sapporo (pend. 1 542 979) ialah ibu negeri Hokkaido, pulau yang paling utara di Jepun. Ia terletak di bahagian barat pulau berhampiran Teluk Otaru. (Lihat Jepun [peta politik]). Sapporo dibina pada tahun 1871, dan dibentuk berdasarkan bandar di negara Barat. Ia menjadi pusat pembuatan dan kebudayaan pulau itu. Keluarannya meliputi kain jerami, barangan getah, susu pekat dan kacang soya yang diproses. Tarikan utama Sapporo meliputi Hokkaido University dan taman bunganya yang khusus kepada flora alpin. Penduduk dan pengunjung menikmati cerun ski yang terletak di subbandar dan mata air panas Jozãnkei, 18 kilometer ke barat daya bandar. Pada tahun 1972, Sukan Olimpik Musim Sejuk berlangsung di Sapporo. | UMUM | |
DENEB | Deneb ialah bintang yang paling terang dalam buruj Cygnus, atau Swan. Deneb juga dikenali sebagai <I>Alpha Cygni. I>Ia ialah bintang yang paling terang yang boleh dilihat dengan mata kasar dan mempunyai magnitud 1.26 (lihat Magnitud). Deneb ialah 60 000 kali ganda seterang matahari, tetapi ia kelihatan malap kerana jauhnya lebih kurang 1600 tahun cahaya (lihat Tahun cahaya). Deneb kelihatan berwarna putih kebiru-biruan disebabkan oleh suhu permukaan yang sangat tinggi, sekurang-kurangnya 10 000°C. Ahli astronomi mengelaskan bintang ini sebagai <I>superraksasaI> <I>biruI>. Diameter Deneb ialah lebih kurang 70 kali ganda diameter matahari. | UMUM | |
MUSKELLUNGE | Muskellunge ialah ikan yang paling besar dalam famili pike. Panjangnya boleh mencapai 1.8 meter dan beratnya lebih kurang 45 kilogram. Bagaimanapun, kebanyakan muskellunge panjangnya antara 0.5 hingga satu meter dan beratnya dua kilogram hingga 16 kilogram. Jangka hayat maksimum muskellunge adalah kira-kira 25 tahun. | UMUM | |
SULTAN IBRAHIM | Kapsyen1"> :1"> Sultan Ibrahim SULTAN IBRAHIM (1873-1959), Sultan Johor (1895-1959). Baginda adalah raja Melayu yang paling lama memerintah. Baginda diputerakan pada 17 September 1873 di Istana Bidadari, Singapura. Baginda adalah putera Sultan Abu Bakar dan Encik Besar Zubidah. Setelah mendapat pendidikan asas, baginda menjalani latihan ketenteraan dengan Angkatan Timbalan Setia Negeri Johor. Baginda kemudian ditauliahkan sebagai leftenan muda dan dilantik sebagai juruiring ayahanda baginda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABIDJAN | Abidjan (pend.1 850 000 ) ialah ibu negara dan bandar terbesar Ivory Coast. Ia juga salah sebuah pelabuhan yang paling sibuk di bahagian barat Afrika. Bandar ini terletak di pinggir sebuah lagun di bahagian selatan negara itu. Sebatang terusan menghubungi lagun dengan Teluk Guinea, yang merupakan sebahagian Lautan Atlantik (lihat Ivory Coast [peta]). | UMUM | |
ROTTERDAM | Rotterdam (pend. 558 832; pend. kaw. met. 1 025 580) ialah bandar kedua terbesar di Belanda selepas Amsterdam. Rotterdam adalah satu daripada pelabuhan laut yang paling sibuk di dunia. Bandar ini terletak di kedua-dua tebing Sungai Nieuwe Maas, kira-kira 31 kilometer dari timur Laut Utara (lihat Belanda [peta]). | UMUM | |
KEKUBAH | Kekubah ialah bumbung atau siling yang melengkung. Kekubah paling biasanya dibuat daripada batu bata, konkrit, atau batu. Empat jenis utama kekubah adalah (1) kekubah terowong, (2) kekubah groin, (3) kekubah tetulang, (4) kubah. | UMUM | |
ASHANTI | Ashanti ialah kumpulan etnik yang terbesar dan paling berkuasa di Ghana, Afrika Barat. Nama kumpulan ini juga dieja <i> Asante i> . Kebanyakan orang Ashanti yang berjumlah kira-kira 1 ½ juta orang tinggal di selatan-tengah Ghana di kawasan Ashanti. Ibu negeri kawasan ini, Kumasi, ialah bandar kedua terbesar di Ghana. | UMUM | |
BUTLER, SAMUEL | Butler, Samuel (1613–1680) ialah penyair Inggeris dan penulis satira. Dia paling terkenal kerana puisinya yang panjang, <I>Hudibras I>(bahagian 1, 1663; bahagian II,1664; bahagian III, 1678). | UMUM | |
PRAGUE | Prague (pend. 1 189 828) ialah ibu negara dan bandar raya terbesar di Republik Czech, dan pusat kebudayaan, dan ilmu pengetahuan yang penting. Prague, yang dikenali sebagai Praha dalam bahasa Czech, merupakan salah sebuah bandar yang tertua dan paling indah di tengah Eropah. Ia terletak di Sungai Vltava di bahagian tengah negara itu (lihat Republik Czech [ peta]). Prague juga dikenali sebagai “Kota Seribu Menara” kerana terdapat banyak gereja. Bandar raya ini merupakan salah sebuah daripada beberapa bandar di tengah Eropah yang terselamat daripada kerosakan besar dalam Perang Dunia II (1939–1945). | UMUM | |