Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.luan] | ڤالوان

Definisi : 1. pukulan dan palu; 2. hasil memalu: ~ gendang; 3. kerugian, pukulan: sorak kanak-kanak itu seolah-olah satu ~ hebat pula; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.luan] | ڤالوان

Definisi : bunyi dipalu; hasil drpd memalu; pukulan: Haiwan tsb dpt ditakutkan dgn mercun, dgn ~ gendang atau dgn goncangan tin-tin kosong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
palu (kata nama)
Bersinonim dengan pemalu, tukul, penukul, tukul besi, pengetuk, pemukul, martil, tokok, penokok, ganden, kambu;,
Kata Terbitan : memalu, paluan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOMPANG

Kompang, alat muzik paluan berbentuk rebana

yang berbingkai. Alat ini dipercayai berasal dari

Timur Tengah. Ia pada mulanya digunakan oleh

saudagar Arab untuk menarik minat pembeli

dalam sesuatu pesta jualan. Apabila Islam

berkembang di Nusantara, rebana dan kompang

diperkenalkan ke dalam masyarakat melayu untuk

upacara berunsur keagamaan.

UMUM 
HADRAH

HADRAH, seni pentas yang mengandungi nyanyian, tarian dan lakonan diiringi paluan rebana dan gong. Hadrah mempunyai kaitan dengan zaman awal Tamadun Islam di Tanah Arab kerana nyanyian hadrah mengandungi perkataan Arab. Hadrah biasanya dipersembahkan dalam majlis perkahwinan atau berkhatan di Perlis, Kedah, Seberang Perai dan Perak.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
DANGDUT

DANGDUT, sejenis irama lagu hasil percantuman antara lagu Melayu tradisional jenis inang dengan irama lagu Hindi. Irama ini berasal dari daerah Deli, Sumatera, Indonesia. Perkataan ‘dang’ dan ‘dut’, yang seakan-akan bunyi paluan gendang yang digunakan dalam lagu jenis ini, pada asalnya digunakan orang sebagai ejekan semata-mata, tetapi lama-kelamaan diterima umum sebagai nama irama jenis ini.

    

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas