PANAH | PANAH, senjata untuk berburu. Senjata ini terdiri daripada anak panah dan ibu panah atau busur. Anak panah dilancarkan dengan menggunakan busur. | BUDAYA | Alat/Alatan |
ANAK PANAH | Anak panah lihat Memanah. | UMUM | |
MEMANAH | Memanah ialah sejenis sukan yang menggunakan busur dan anak panah. Pemanah yang terlibat dalam sukan ini boleh mengambil seberapa banyak acara yang dipertandingkan. Antara yang paling popular melibatkan acara memburu, pemanahan sasaran, pemanahan padang, dan pemanahan udara. Bagi acara memburu, pemanah menggunakan busur dan anak panah. Sukan jenis ini menyalahi undang-undang hampir di semua negara, termasuk juga Britain. Bagi pemanahan sasaran dan pemanahan terbuka, pemanah bertanding dengan memanah sasaran. Sementara dalam pemanahan udara, pemanah dikehendaki memanah ke suatu jarak yang jauh. Ramai pemanah amatur dari seluruh dunia menyertai pertandingan memanah yang dianjurkan di peringkat antarabangsa. Memanah merupakan salah satu acara yang dipertandingkan di Sukan Olimpik Musim Panas. | UMUM | |
KALADIUM | Kaladium ialah kumpulan tumbuh-tumbuhan dedaun yang tumbuh di kawasan tropika Amerika. Tumbuhan ini mempunyai daun yang besar, berbentuk seperti anak panah yang ditandai cantik dengan pelbagai warna dan corak. | UMUM | |
GAMBAR RAJAH BEBAS | Gambar rajah bebas, lakaran atau lukisan yang biasanya berbentuk garisan-garisan anak panah lurus. | FIZIK | Alat/Alatan |
POKOK IPOH | Pokok ipoh ialah sejenis pokok hutan besar yang tumbuh di bahagian tenggara Asia dan Indonesia. Penduduk tempatan mencampurkan susu getahnya yang beracun dengan racun tumbuh-tumbuhan lain untuk disapukan pada hujung anak panah dan damak. | UMUM | |
TARBIL | Tarbil ialah mesin perang yang melemparkan objek seperti lembing atau batu atau melontarkan benda berat yang besar terhadap pertahanan musuh. Terdapat dua jenis utama tarbil: bukan kilasan dan kilasan . Tarbil bukan kilasan berfungsi seperti panah raksasa, yang kuasa lontarannya datang daripada serat regang yang dilepaskan. | UMUM | |
PITJANTJATJARA | Pitjantjatjara ialah penduduk Orang Asli Australia . Sehingga kini, mereka masih hidup berpindah-randah di kawasan barat daya Tasik Amadeus, Wilayah Utara. Kawasan yang meliputi Musgrave, Petermann dan banjaran Rawlinson ini mempunyai sedikit punca air atau lembah yang subur. Kaum Pitjantjatjara ini bersenjatakan panah dan lembing tetapi tidak menggunakan boomerang. Mereka ialah kaum yang mahir mengumpulkan makanan dan berburu. Haiwan buruan mereka termasuklah kanggaroo, ular dan cicak. Mereka juga mengumpulkan biji-biji rumput dan bahagian tumbuhan untuk makanan. | UMUM | |
ORANG SIMERIA | Orang Simeria ialah orang nomad yang tinggal di kawasan yang kini terletak di selatan Ukraine, kira-kira tahun 1200 S.M. hingga tahun 700 S.M. Mereka mendiami satu kawasan di utara Gunung Caucasus berhampiran Laut Hitam. Mereka menunggang kuda dan menggunakan busur dan panah, dan terkenal sebagai pahlawan yang garang. Mereka adalah antara kumpulan nomad pertama yang menakluki Asia Kecil (kini Turki) dari sebelah utara. | UMUM | |
OBSIDIAN | Obsidian ialah kaca asli yang terbentuk apabila lava panas mengalir di permukaan bumi dan menyejuk dengan cepat. Obsidian mempunyai komposisi kimia yang sama seperti granit, tetapi dilindapkan untuk membuat kaca dan tidak disejukkan dengan perlahan untuk membentuk hablur. Kebanyakan obsidian berwarna hitam, atau hitam berjalur merah. Ia adalah rapuh dan pecah menjadi bentuk bak kon, tetapi ia tidak boleh dikuari dalam bentuk bongkah. Orang Asli Amerika menggunakannya untuk membuat mata anak panah dan pisau. Lihat juga Batuan; Granit. | UMUM | |