Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pendek: keris ~; orang ~ tembun; memandakkan menjadikan pandak, me­mendekkan; memperpandak menjadikan lebih pandak, memperpendek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pandak I

Puisi
 

Keris pandak panjang lima,
     Pakai anak raja Melayu;
Saya hendak sudah lama,
     Hendak khabar hati malu.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PANDAK ENDUT

PANDAK ENDUT ( ? -1877), penentang penjajah British.  Dia adalah ipar Dato' Maharaja Lela dan orang kanan dalam pakatan membunuh J.W.W. Birch, Residen British Perak.  Pandak Endut menghadiri mesyuarat yang diadakan di rumah Dato' Maharaja Lela.  Dalam mesyuarat tersebut, Dato' Maharaja Lela memaklumkan yang Sultan Abdullah, Laksamana Wan Muhammad Amin dan Syahbandar Uda Mahamor memberitahu bahawa dalam beberapa hari lagi J.W.W. Birch akan datang ke Pasir Salak dan mereka ditugaskan untuk membunuhnya.  Pandak Endut dilantik sebagai wakil Dato' Maharaja Lela dalam tindakan membunuh J.W.W. Birch. Sebagai tanda kuasa ini, dia dianugerahi satu persalinan yang terdiri daripada baju, tengkolok dan pedang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LONG PANDAK

LONG PANDAK (  ?  -  ?  ), Sultan Kelantan (1756-1768). Keturunan Long Pandak  tidak jelas. Ada sejarah tempatan mengatakan dia anak Tuan Sulong, iaitu anak Wan Daim yang dikenal sebagai Dato’ Pangkalan Tua yang dikatakan pernah menjadi raja negeri Patani yang berasal dari Bugis. Long Pandak dikatakan berkahwin dengan Engku Tengah (Tuan Tengah) atau dikenal juga dengan gelaran Engku Pasir Mas, anak Raja Raman yang sekarang merupakan sebahagian daripada Wilayah Yala, selatan Negara Thai.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MAHSURI

Mahsuri ( ? – ? ) ialah tokoh legenda Pulau

Langkawi, Kedah. Dia dipercayai hidup pada awal

abad ke-19. Ibu bapanya bernama Pandak Maya

dan Mak Andak Alang, berasal dari Kampung

Mawat, Langkawi. Dia terkenal dengan ‘sumpah

tujuh keturunan’.

UMUM 
DATO' MAHARAJA LELA

DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LIMO (? – 1877), Orang Besar Kelapan Perak. Nama Dato’ Maharaja Lela yang sebenarnya ialah Pandak Limo bin Machang Lela Tun Mahmud. Dia ialah pembesar yang keenam dan terakhir menggunakan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tun Jana Putera. Selepas kematiannya, gelaran itu telah diubah kepada Orang Kaya Mahakurnia Indera Maharaja.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DATO' MAHARAJALELA

Dato’ Maharajalela (  ?  -1877), Orang Besar Delapan Perak.  Nama sebenarnya ialah Pandak Limo bin Machang Lela Tuk Mahmud.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUAN AHMAD

TUAN AHMAD (   ?    -    ?    ), penentang British. Tuan Ahmad adalah anak Engku Besar Jeram Encik Pandak. Dia menggantikan ayahnya sebagai Engku Besar Jeram apabila ayahnya meninggal dunia. Engku Besar Jeram adalah gelaran yang diwarisi daripada Engku Perdana Menteri Long Ghaffar, yang berasal dari Reman. Long Ghaffar menerima gelaran ini dan kawasan dari Sungai Pasir Tumbuh hingga ke laut dan sampai ke sempadan Terengganu kerana bantuannya kepada Long Yunus sehingga Long Yunus berjaya menduduki takhta Kelantan. Pusat pentadbiran Long Ghaffar dikenal sebagai Kota Jeram.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LONG JAAFAR

LONG JAAFAR (  ?  -1858), pentadbir daerah Larut, Krian dan Bagan Tiang, Perak. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Long Jaafar dipercayai daripada keturunan Aceh, yang pernah memerintah Perak hampir lebih kurang seratus tahun pada pertengahan abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Long Jaafar ialah cucu Pandak Jamaluddin, Orang Besar Enam Belas Perak yang pertama dengan gelaran Dato’ Paduka Setia, dan anak Alang Allaidin, Orang Besar Lapan. Long Jaafar mula dikenal pada zaman pemerintahan Sultan Abdullah Muazzam Shah (m.m. 1819-1930) memegang jawatan Dato’ Panglima Bukit Gantang dan berkahwin dengan sepupunya, Ngah Pura, anak Dato’ Alang Alaidin.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LONG YUNUS

LONG YUNUS ( ?  -1795), Sultan Kelantan (m.m. 1763-1795) keturunan Dato’ Pangkalan Tua, Patani. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Pada kurun ke-17, dua orang anak Dato’ Pangkalan Tua, Tuan Sulong dan Tuan Besar datang ke Kelantan. Tuan Sulong berkahwin dengan Che Biru, anak Penghulu Kampung Laut; manakala Tuan Besar berkahwin dengan Raja Pah, anak Sultan Omar. Tuan Sulong membina kediaman di Kota Kubang Labu, Tuan Besar pula tinggal di Jembal. Hasil perkahwinannya, Tuan Sulong mendapat Long Muhammad dan Long Pandak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI

SYEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI ( ? – 1847), penulis dan ulama Patani, Thailand. Nama penuhnya ialah Syeikh Wan Daud bin Abdullah bin Idris al-Fatani. Beliau lahir di Kersik, Patani. Ada pendapat yang mengatakan beliau lahir di Bendang Gucir, Patani atau Parit Marhum, Patani. Tarikh lahirnya juga tidak dapat dipastikan sama ada pada tahun 1721 atau 1742 atau 1769. Datuknya, Wan Idris digelar dengan Senik atau Tuk Wan Derasid dan berketurunan Raja Campa. Ayah Tuk Wan Derasid bernama Wan Abu Bakar bin Tuk Kaya Pandak bin Andi/Faqih Ali Datuk Maharajalela bin Mustafa Datuk Jambu/Sultan Abdul Hamid Syah ibni Sultan Muzaffar Waliullah ibni Sultan Abdullah `Umdatuddin (Wan Abu atau Wan Bo Teri Teri atau Maulana Israil (Raja Campa 1471). Ibu Syeikh Daud bernama Fatimah anak Wan Salamah binti Tuk Banda Wan Su bin Tuk Kaya Rakna Diraja bin Andi/Faqih Ali Datuk Maharajalela; di sinilah bertemunya nasab ayah dan nasab ibu Syeikh Daud.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas