Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.dan] | ڤندن

Definisi : sj tumbuhan (daunnya wangi atau berduri), Pandanus spp.; jenis-jenisnya: ~ duri, ~ hutan, ~ wangi; tikar ~ tikar yg dibuat drpd daun pandan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.dan] | ڤندن

Definisi : ; anjing ~ anjing yg merah bulunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.dan] | ڤندن

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, ikan kapas-­kapas, Gerres abbreviatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.dan] | ڤندن

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan yg daunnya spt daun nanas tetapi lebih tipis dan berbau wangi, Pandanus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pandan

Puisi
 

Mati terselit di bawah pandan,
     Pandan berbunga wanginya;
Baru berjumpa muka dan badan,
     Kiranya cincin akan tandanya.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Seperti kelopak pandan.

Bermaksud :

Keelokan seorang perempuan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PANDAN

PANDAN (pandanus spp.), sejenis tumbuhan yang daunnya berbau wangi dan berduri.  Pandan yang dikenali oleh masyarakat tempatan ialah pandan wangi, yang digunakan dalam masakan. Pandan wangi adalah sejenis tumbuhan yang ditanam.  Daunnya berwarna hijau pekat.

BUDAYAFlora dan Fauna
KESULTANAN KEDAH

KESULTANAN KEDAH, institusi kerajaan Kedah. Menurut sumber lisan dan legenda, asal usul institusi kerajaan Kedah berhubung rapat dengan Raja Rum yakni Turki (Hikayat Merong Mahawangsa), Raja Parsi (AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah), kerajaan Moghul di India (Sudut Pandan), dan Raja Maurya di India (Tawarikh Salahsilah Kedah Bahagian I). Walaupun sumber ini merupakan legenda dan sumber lisan, tujuan utama sumber tersebut adalah untuk memaparkan kemuliaan dan kesaktian asal usul Raja Kedah. Kemuliaan dan kesaktian itulah yang menjadi syarat utama hak kelayakan dan legitimasi dinasti Merong Mahawangsa sebagai dinasti pemerintah negeri Kedah dari zaman lampau hingga kini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
BUNGA RAMPAI

BUNGA RAMPAI, campuran beberapa jenis bunga harum yang digaul dengan hirisan daun pandan dan daun limau purut berserta pewangi seperti air mawar, minyak atar, serbuk cendana dan diukup dengan setanggi atau dian ukup.

BUDAYAKonsep
SIRAP

SIRAP, minuman yang dibuat daripada gula pasir yang dimasak dengan air, pewarna merah dan daun pandan atau pewangi air mawar.  Sirap juga dipanggil serbat di utara Semenanjung Malaysia.  Sirap dihidangkan pada waktu kenduri, waktu berbuka puasa dan ketika tetamu datang ke rumah.

BUDAYAMakanan
TAN MALAKA

TAN MALAKA (1897-1949), tokoh politik kiri dan nasionalis Indonesia.  Dia lahir di Pandan Gading, Sumatera Barat.  Nama sebenarnya ialah Ibrahim Datuk Tan Malaka.  Dia memulakan pendidikan sekolah dasarnya di Suluki pada tahun 1902.  kemudian dia melanjutkan pelajarannya di sekolah guru (Kweekschool) di Fort de Kock (dekat Bukittinggi).  Seorang guru Belanda bernama G.H. Horensma tertarik dengan kecerdasannya lalu menggalakkannya supaya melanjutkan pelajaran ke Belanda.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PERTUBUHAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

PERTUBUHAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA, pertubuhan belia.  Pertubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia atau lebih dikenal dengan nama Gerakan Belia 4B, ditubuhkan pada 21 Ogos 1966 di Dewan Belia, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.  Pertubuhan ini merupakan salah sebuah daripada lebih kurang 30 pertubuhan belia di negara ini yang bergabung dan menganggotai Majlis Belia Malaysia (MBM).  Pertubuhan ini berdasarkan konsep gerakan dan pertubuhan belia di Amerika Syarikat yang terkenal dengan gagasan 4H Youth iaitu ‘Head’, ‘Heart’, ‘Health’ dan ‘Hand’.  Konsep ini disesuaikan bagi memajukan golongan belia di negara ini dan konsep 4B menjurus pada nilai-nilai positif, iaitu ‘Bersatu’, ‘Belajar’, ‘Bekerja’ dan ‘Berkhidmat’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas