Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pendapat tentang hidup, falsafah hidup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERASAAN HATI

Perasaan hati merupakan keadaan fikiran atau

pandangan hidup seseorang. Perasaan hati

seseorang boleh berubah dari hari ke hari, atau

kadangkala, dari waktu ke waktu.

UMUM 
ADAT PERKAHWINAN TORAJA

ADAT PERKAHWINAN TORAJA, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Toraja di Sulawesi, Indonesia. Adat perkahwinan ini berdasarkan pandangan hidup mereka yang disebut ‘aluk-tudolo’ iaitu hidup sederhana sepadan dengan kemampuan dan petunjuk alam. Upacara adat perkahwinan (siala atau sipabaine) diadakan secara sederhana dan dalam waktu beberapa hari sahaja. Lazimnya, mereka mencari pasangan daripada golongan yang setaraf.

 

Merisik          

BUDAYAKonsep
MODENISME

Modenisme, aliran yang merangkumi dua pergerakan yang berasingan, iaitu suatu pergerakan seni dan penulisan di dalam suatu masa yang tertentu, dan kedua, falsafah atau pandangan hidup dan dunia.

SASTERAKegiatan
WARNAWARNA, sesuatu yang mencerminkan struktur sosial secara simbolis dan mempunyai pengertian tertentu dari segi magis dan perubatan. Dalam budaya Melayu, warna sangat rapat dengan alam persekitaran semula jadi. Selain warna-warna dasar seperti putih, hitam, merah, biru atau kuning, terdapat beberapa cahaya warna yang menghampiri warna-warna dasar itu. Biasanya istilah cahaya adalah mengikut kepekatan dan kecairan warna itu, iaitu sama ada tua atau muda, maka terdapatlah warna seperti merah tua atau merah muda, dan kuning tua atau kuning muda.  Di samping itu, terdapat cahaya warna yang diistilahkan mengikut apa yang dilihat pada alam semula jadi, terutamanya tumbuh-tumbuhan seperti merah pulasan daripada warna buah pulasan, kuning kunyit, daripada warna kunyit dan hijau pucuk pisang, cahaya yang menyerupai warna pucuk pisang.  Lembayung, pinang masak, biji remia, biji asam, bunga keduduk dan kulit manggis adalah istilah bagi warna tertentu daripada tumbuh-tumbuhan.  Unsur –unsur lain daripada alam semesta adalah seperti tanah liat (kuning), laut (biru), batu (merah), darah-darah ikan (merah) atau asap (kelabu).  Semua istilah ini mencerminkan pandangan hidup orang Melayu.BUDAYAKonsep
STEVENS, WALLACE

Stevens, Wallace (1879–1955) ialah pemuisi

Amerika. Dia menggambarkan manusia sebagai

makhluk yang hanya hidup di dunia tanpa harapan

untuk dihidupkan semula. Menurut pandangan

Steven, manusia setiap kali menghadapi alam yang

kelihatan tidak berbeza, ketentuan kematian

mereka sendiri, dan kesedaran mereka tentang

akhlak dan fizikal di sekeliling mereka. Manusia

diselamatkan daripada situasi magik yang

berpotensi dengan menggunakan imaginasi.

Imaginasi boleh memberi makna kepada

kekeliruan realiti. Imaginasi juga boleh menemui

keindahan dalam alam yang tidak berbeza

pemikiran tentang kematian dengan berasa takjub

kerana masih hidup. Stevens meneroka kebaikan

hidup yang berimaginasi dalam puisinya yang agak

mudah seperti “Sunday Morning” dan “The

Emperor of Ice Cream”, dan dalam puisi-puisi yang

lebih panjang, lebih kompleks seperti “The Man

with the Blue Guitar” dan “Esthétique du Mal”.

UMUM 
AYCKBOURN, ALAN

Ayckbourn, Alan (1939– ), penulis drama dan

pengarah teater British, menjadi terkenal kerana

komedinya. Banyak komedinya memaparkan

pelbagai aspek kehidupan di bandar. The Norman

Conquests (1974) merupakan sebuah trilogi

(kumpulan tiga drama) yang mengisahkan parti di

rumah hujung minggu yang sama dari sudut

pandangan tiga orang yang berbeza. Joking Apart

(1979) mengisahkan bagaimana pasangan yang

dominan lama-kelamaan berjaya menguasai hidup

jiran-jiran mereka di subbandar. Lain-lain drama

Ayckbourn termasuk Absurd Person Singular

(1973), Sisterly Feelings (1980), Chorus of

Disapproval (1985) dan Henceforward (1987).

Ayckbourn juga terlibat dalam filem muzikal.

UMUM 
GELANGGANG

GELANGGANG, persatuan seniman Indonesia. Persatuan ini ditubuhkan pada 19 November 1946, atas gagasan Chairil Anwar dengan beberapa orang intelektual Indonesia, iaitu Asrul Sani, Rivai Apin, M.Akhbar Djuhana, Mochtar Apin, Baharuddin dan Henk Ngantung. Gagasan Gelanggang iaitu “Generasi Gelanggang lahir daripada pergolakan roh dan fikiran kita, yang sedang menciptakan manusia Indonesia yang hidup. Generasi yang harus mempertanggungjawabkan dengan sesungguhnya penjadian daripada bangsa itu. Bahawa kita ingin melepaskan diri kita daripada susunan lama yang telah mengakibatkan masyarakat yang lapuk, dan kita berani menentang pandangan, sifat dan anasir lama ini untuk menjalankan bara kekuatan baru”.

SASTERAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas