SERI PANGGUNG | SERI PANGGUNG, gelaran untuk watak wirawati dalam drama bangsawan. Dalam persembahan bangsawan, apabila seseorang sudah bergelar seri panggung bererti orang itu pelakon yang terkenal dan serba berkebolehan. Pelakon utama lelaki dalam bangsawan pula dipanggil orang muda. | BUDAYA | Jawatan/Gelaran |
ISTANA BUDAYA | Istana Budaya ialah bangunan yang menempatkan Panggung Negara Malaysia, tempat aktiviti kesenian negara diadakan. | KESENIAN | Institusi/Organisasi |
MILHAUD, DARIUS | Milhaud, Darius (1892–1974), penggubah lagu kelahiran Perancis yang terkenal kerana hasil karyanya dalam persembahan pentas. Milhaud menghasilkan 15 opera, 13 balet, dan muzik untuk balet yang lain serta untuk panggung wayang. Penyair Perancis yang bernama Paul Claudel menulis libretto (seni kata) untuk beberapa buah karya | UMUM | |
SPENCE, SIR BASIL URWIN | Spence, Sir Basil Urwin (1907–1976) ialah arkitek British, yang paling dikenal kerana hasil rekaannya, Coventry Cathedral dan University of Sussex, di Brighton. Dengan teknik dan bahan moden yang digunakan secara tradisional, dia telah mereka bentuk gereja, hospital, rumah, taman perumahan, pameran, pangsapuri, sekolah, panggung dan bangunan universiti. Antara reka bentuknya termasuklah sebuah sekolah yang lengkap di Sydenham, Kent, dan Sekolah St. Martin di Shrewsbury, Shropshire. Hasil kerjanya juga dapat dilihat di universiti di Liverpool, Durham, Southampton, Nottingham, Glasgow dan Exeter. Spence turut terlibat dalam mereka bentuk bandar baru Basildon, Essex dan Hartfield, Hertfordshire dan di Glasgow. | UMUM | |
BROADWAY | Broadway ialah drama atau lakon muzika yang dipentaskan di panggung teater yang mempunyai 500 atau lebih tempat duduk, di New York. | KESENIAN | Konsep |
FILEM MELAYU | FILEM MELAYU, sumber hiburan baharu orang Melayu yang mula berkembang di tanah Melayu pada awal tahun 1900. Pertunjukan filem secara komersial bermula pada tahun 1907 di Singapura apabila sebuah panggung wayang yang pertama bernama Alhambra didirikan oleh pengusahanya, Tuan Willis. Selain itu, filem juga ditayangkan di dewan-dewan dari satu bandar ke satu bandar dan di kawasan lapang di bandar-bandar kecil. Dengan kegiatan ini, perusahaan penayangan filem menjadi satu perniagaan baharu dan berkembang pesat di Tanah Melayu pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
KOTAKU OH KOTAKU | KOTAKU OH KOTAKU, drama lima babak karya Johan Jaafar. Drama ini dipentaskan buat kali pertama di panggung Eksperimen, Universiti Malaya pada tahun 1975. Pengarah drama ini ialah Johan Jaaffar sendiri dan dilakonkan oleh ahli Kumpulan Kesenian Universiti Malaya (KESUMA). | BUDAYA | Karya |
KEKAWIN | KEKAWIN, cerita berirama. Kekawin juga dikenal sebagai kakawin (Jawa-kuno) atau kakawen dan kakawian (Sunda). Kekawin selain disenandungkan, biasa pula ditembangkan oleh dalang sewaktu memainkan wayang golek dan wayang kulit atau jenis wayang lainnya di panggung. Jadi cerita ini bertembang yang juga disebut tembang gede (nyanyian, senandung besar). Tembang gede itu dalam kitab-kitab kuno masih menurut syarat-syarat Hindu, dengan jalan irama yang tetap dan tidak boleh berubah sedikit pun. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SIPUT SARAWAK | SIPUT SARAWAK (1923 - 1999), pelakon pentas dan filem. Dia berasal dari Sarawak dan datang ke Singapura ketika berusia 12 tahun. Nama sebenarnya ialah Ramlah binti Abdullah. Bapanya, Dollah Sarawak, seorang pelawak terkenal dan ibunya Dayang Inang, terkenal sebagai Sri Panggung sandiwara. Nama Siput berasal daripada nama `Miss Ribut’, pelakon sandiwara Indonesia. Oleh sebab terlalu meminati pelakon tersebut, ibunya telah berazam untuk menamakan anaknya Ribut atau sekurang-kurangnya mirip nama itu. Di hujung namanya ditambah dengan kata Sarawak sebagai mengenang tempat tumpah darahnya. Siput tidak pernah mendapat pendidikan formal. Dia hanya tahu membaca dan menulis dengan belajar sendiri. | BUDAYA | Tokoh |