Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. lwn pendek: tali itu ~; penselnya masih ~ lagi; 2. lwn lebar, bujur: mukanya ~; 3. tinggi: badannya ~ lampai; 4. berlarut-­larut, luas: cerita yg ~; berfikir ~; 5. lama: ~ umurnya; 6. jarak dr hujung ke hujung (di antara dua tempat), lwn lebar: ~ sebuah bilik tiga meter lebih drpd lebarnya; 7. jarak masa, lama: ~ waktu siang di khatulistiwa sentiasa selama 12 jam; ~ akal (ingatan, kira-kira) tidak sempit (pen­dek) akal, boleh berfikir baik-baik; ~ bulat panjang dan bulat (spt buluh), bulat torak; ~ ekor berani berbuat jahat (melanggar peraturan); ~ gelombang (Fiz) jarak di antara dua puncak gelombang yg bersebelahan; ~ ikatan (Kim) jarak di antara dua nukleus atom yg terikat bersama dlm satu sebatian; ~ lampai kecil tinggi (badan); ~ lanjut (lebar) dgn butir dan keterangan yg banyak; ~ lidah (mulut, muncung) suka mengadu atau menyampai­-nyampaikan cakap orang, suka menceritakan hal orang; ~ nafas tidak pendek nafas, boleh berlari jauh; ~ pendek panjang atau pendek; ~ tangan suka mencuri; ~ tangkai Mn hujan; ~ umur (usia) lama hidup; ~ langkah singkat pinta (permintaan) prb sudah sampai ajal, meninggal dunia; ditindih yg berat dililit yg ~ prb kemalangan yg tidak dapat dielakkan; hendak ~ terlalu parah prb hendak meninggikan diri sangat, akhirnya jatuh; kalau ~ beri beruas, kalau pendek beri berbuku prb sebelum berbuat sesuatu tentukan aturan-aturannya supaya tidak kacau; mendapat ~ hidung prb mendapat malu; sama ~ dgn urat perut (belikat) prb terlalu bohong; sudah ~ langkahnya prb sudah meninggal; sepanjang 1. sejauh, mengikut panjang: matanya menyelusur ke ~ tembok itu; ia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu; 2. segenap waktu, selama, seluruh: ~ perjalanan itu mereka terus berbual-bual; ia memandang muka kawannya yg ~ masa tunduk sahaja; ~ tahun selama setahun penuh; 3. mengikut, pada: ~ pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dlm bahasa Melayu; ~ yg ketahui oleh mereka; berpanjang; ~ kalam menceritakan dgn lanjut (panjang lebar); ~ madah bercakap banyak-banyak; berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: janganlah saudara ~ kerana kita sudah tidak ada masa lagi; berpanjangan, berpanjang-panjangan ber­lanjut-lanjut, berlanjutan, tidak berkeputusan, berterus-terusan: inginkah saudara soal ini diusut berpanjang-panjangan; kemesraan yg ~; memanjang 1. menjadi panjang (lanjut): spring itu ~; tepuk tangan yg ~; 2. mengikut panjang, membujur: potong sekeping kain ikut tepi atau ~; 3. terletak dll mengikut panjang, tidak melintang: di ampaian di tepi beranda yg ~ bangunan itu bergantungan pakaian kerja; memanjangkan 1. menjadikan panjang, melanjutkan, meneruskan: dan Tuk Hassan Temenggung yg pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal lengan, dan ~ tangan baju; aku bersyukur kpd Tuhan yg telah ~ umurku; keadaan ini akan menyebabkan pemulihan ekonomi tidak dapat dikekalkan serta ~ kemelesetan yg sedang berlaku; 2. menyampaikan: segala keputusan yg dibuat akan dipanjangkan kpd kerajaan; memperpanjang menjadikan lebih panjang: jalan-jalan raya akan dibina, diperpanjang, dan diperlebar dlm kawasan-kawasan yg berpenduduk padat; panjangan lanjutan; kepanjangan 1. perihal panjang (lama dll), kelanjutan: kata pengantar yg ditulisnya itu memang panjang, satu ~ yg disengajakan; 2. terlalu panjang: nampak seolah-olah kaki dan lengannya ~; berkepanjangan berpanjang-panjangan, ber­panjangan: abang memohon doa yg ~ drpd engkau; zaman yg ~; pemanjangan perihal atau perbuatan me­manjang(kan): Hukum Hooke menyatakan bahawa ~ dawai atau spring itu adalah berkadar dgn beban pd dawai-dawai atau spring itu; pemanjang sesuatu yg memanjangkan: huruf ~ bunyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Pr panggilan kpd anak lelaki ke­empat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 banyak ukurannya dr hujung ke pangkal; jauh jaraknya; tidak pendek: Sungai mana yg paling ~ di Malaysia? 2 banyak masanya atau tempohnya; tidak sekejap; lama: Kalau umur ~, kita akan berjumpa lagi. 3 jarak atau ukuran dr hujung ke pangkal; jauh di antara dua sempadan: Berapa kilometerkah ~nya Sungai Pahang? ~ akal (fikir) dpt berfikir dgn baik. ~ bulat panjang serta bulat bentuknya spt bentuk buluh. ~ ekor berani berbuat sesuatu kejahatan atau melanggar peraturan. ~ lampai bentuk badan yg kecil tinggi. ~ tangan suka mencuri. ~ umur lama hidupnya. berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: Dlm hal ini, tak usahlah saudara ~ kerana kami semua sudah maklum. berpanjangan berlaku terus-menerus; tidak ada sudahnya; berterusan: Pergaduhan antara dua kumpulan orang Cina itu berlaku ~. memanjang 1 menjadi panjang: Apabila kamu sudah dewasa, rambut dan kuku kamu akan terus tumbuh ~. 2 terletak mengikut panjang sesuatu; tidak melintang: Banjaran Gunung Titiwangsa ~ dr utara Perak-Kelantan sampai ke selatan Negeri Sembilan. memanjangkan menjadikan panjang; menambahkan supaya panjang: Angsa itu ~ lehernya lalu mengejar Amir. memperpanjang menjadikan lebih panjang. sepanjang 1 tempat mengikut panjang sesuatu benda; sejauh: Raja Haji memerintah rakyatnya membuat kubu di ~ pantai. 2 dr awal hingga ke akhir; tidak terputus masanya; segenap: Sesiapa yg berbuat jasa, mulia namanya ~ masa. 3 menurut apa-apa yg ada pd; berdasar pd: ~ pengetahuanku, mereka tidak pernah datang ke sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,

Puisi
 

Kencang-kencang angin timur,
     Belayar tanah seberang;
Panjang-panjang engkau umur,
     Akan pembalas budi Si Dayang.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Sepanjang-panjang tali,
     tidak sepanjang mulut manusia.

Bermaksud :

Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut).

 

Lihat selanjutnya...(46)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENJATA PANJANG

SENJATA PANJANG, sejenis senjata yang berukuran melebihi sehasta dan berhulu panjang. Senjata panjang terdiri daripada lembing, seligi, tombak, sundang pedang, keris panjang dan parang panjang (golok).

BUDAYAAlat/Alatan
POTRET PANJANG SEORANG PENGUNJUNG PANTAI SANURPOTRET PANJANG SEORANG PENGUNJUNG PANTAI SANUR, kumpulan karya Abdul Hadi W.M. Kumpulan puisi ini memuatkan 39 buah puisi yang ditulis antara tahun 1967 hingga 1972. Melalui puisi-puisinya dalam kumpulan ini Abdul Hadi menampilkan fenomena alam dan kekuasaan Tuhan. Bagi Abdul Hadi semua kejadian ini bersumber kepada kekuasaan dari kemuliaan Allah, yang mencipta alam dan isinya.SASTERAKarya
KAIN PANJANG

KAIN PANJANG, kain yang kedua-dua punca atau hujungnya tidak dicantumkan. Dalam istilah tenunan orang Melayu, kain ini dinamakan kain lepas atau kain tenunan panjang.

BUDAYAKraf Tangan
PUCUNG

Pucung ialah mana-mana satu daripada 60

spesies burung randuk, yang termasuk burung

helang dan bittern. Pucung adalah burung yang

cantik, paruhnya panjang dan runcing. Burung ini

mempunyai kepala yang tirus, leher yang panjang,

dan kaki yang panjang. Sesetengah burung pucung

mempunyai jambul yang panjang dan berbulu

pada leher dan badannya. Burung pucung tinggal

di semua benua kecuali Antartika..

UMUM 
BURUNG BOTAK

Burung botak ialah burung besar berkaki

panjang, bersayap kuat, dan berparuh panjang

tirus. Terdapat 17 spesies burung botak di

seluruh dunia, iaitu 14 di Hemisfera Timur dan

tiga di Hemisfera Barat. Burung botak memakan

serangga, ikan, katak, reptilia, anak burung dan

mamalia kecil. Kebanyakan spesies burung botak

mencari makanan di paya dan rawang, tetapi

sesetengah spesies mencari makanan di hutan atau

di dataran berumput dan di kawasan ladang.

UMUM 
PADANG PANJANG

PADANG PANJANG, pusat gerakan Islam yang terletak di Propinsi Sumatera Barat, Indonesia. Padang Panjang juga merupakan Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau. Kota ini memainkan peranan penting dalam modenisasi bidang kebudayaan, terutama pendidikan agama Islam di Sumatera sejak awal abad ke-20.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
GALAH PANJANG

GALAH PANJANG, permainan luar. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan seramai empat hingga 10 orang dalam satu pasukan.

BUDAYAKonsep
METER

Meter ialah unit asas panjang dalam sistem metrik

Simbolnya ialah m. Satu meter bersamaan dengan

39.37 inci. Ahli sains mentakrif meter sebagai jarak

perjalanan cahaya dalam vakum dalam 299 792 458

sesaat. Dari tahun 1960 hingga 1983, panjang meter

ditakrif sebagai 1 650 763.73 panjang gelombang

cahaya merah-jingga dari isotop kripton-86, yang

diukur dalam vakum. Standard ukuran ini

menggantikan bar meter platinum-iridium. Lihat

juga Sentimeter.

UMUM 
ROMBOID

Romboid ialah satu satah yang mempunyai dua sisi

selari yang sama panjang, dan dua sisi lagi berlainan

tetapi juga sama panjang.

UMUM 
SEKENDI

Sekendi ialah mana-mana satu daripada

melebihi 25 spesies burung randuk yang terdapat

di kawasan panas di seluruh dunia. Burung ini

berbeza-beza panjangnya dari 48 sentimeter

hingga 110 sentimeter. Ia mempunyai leher yang

panjang, kaki yang panjang, dan paruh yang

panjang kurus yang melengkung ke bawah.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas