| DAWAI | Dawai ialah rod logam yang panjang, halus, dan boleh lentur yang keratan rentasnya adalah sekata. Hanya logam mulur, atau logam yang mudah ditarik, boleh digunakan untuk membuat dawai. Logam mulur yang utama ialah tembaga, keluli, loyang, tungsten, emas, perak, dan aluminium. | UMUM | |
| KUCAI | Kucai ialah sayur hijau yang berkait rapat dengan bawang. Kucai tumbuh liar di Eropah dan Asia. Akarnya ialah bebawang kecil berbentuk telur, yang darinya tumbuh daun yang panjang, halus bak tiub. | UMUM | |
| BICHIR | Bichir ialah ikan air tawar Afrika. Badannya panjang dan halus, dan dilitupi sisik yang keras, berkilat berbentuk segi empat bujur. Sirip sisi (pektoral) adalah seperti kipas berserta tangkai berisi. Terdapat beberapa spesies, yang panjangnya dari 35 hingga 70 sentimeter. | UMUM | |
| KAMBING KASHMIR | Kambing Kashmir ialah kambing berbulu panjang, yang terkenal dengan bulunya yang halus bak sutera. | UMUM | |
| SERA | Sera adalah mana-mana satu daripada famili besar lalat kecil. Sera kelihatan seperti nyamuk halus, tetapi sera sebenarnya tidak menggigit. Terdapat kira-kira 2000 spesies sera. Sera mempunyai badan yang kurus, dan kaki yang panjang kurus. Sera jantan dewasa mempunyai sesungut yang berbulu. Serangga ini sering keluar banyak-banyak pada waktu senja. | UMUM | |
| PARSNIP | Parsnip ialah sayur dwitahunan yang mempunyai banyak daun bercuping dalam dan halus. Bahagian parsnip yang boleh dimakan ialah akar putihnya yang panjang tirus. Parsnip ialah tumbuhan biasa di laman rumah, tetapi sayur ini tidak penting dari segi komersial. Parsnip berkaitan dengan lobak merah dan adas. | UMUM | |
| AYAK-AYAK | Ayak-ayak ialah nama beberapa spesies serangga kolam yang mempunyai bahagian mulut yang menusuk dan menghisap. Ayak-ayak biasa panjangnya kurang daripada 2 sentimeter. Ia mempunyai dua pasang kaki yang panjang di belakang dan sepasang kaki depan yang pendek. Ayak-ayak menggunakan kakinya yang panjang untuk mendayung dengan pantas di atas permukaan air. Kaki depan digunakan untuk menangkap serangga kecil yang menjadi makanannya. Ia juga memakan serangga yang mati. Bahagian bawah badannya diliputi bulu halus berwarna perak yang melindunginya daripada menjadi basah. Ayak-ayak juga mempunyai sayap, dan boleh terbang dengan baik. Pengelasan saintifik. Ayak-ayak tergolong dalam famili Gerridae. Ayak-ayak biasa ialah Gerris lacustris. | UMUM | |
| AYE-AYE | Aye-aye ialah haiwan kecil bak tupai di Madagascar. Ia tergolong dalam kumpulan yang dinamakan lemur . Aye-aye berwarna perang, kira- kira sebesar arnab. Ia mempunyai mata dan telinga yang besar. Ia paling aktif pada waktu malam, apabila ia memburu serangga untuk dimakan. Aye- aye menggunakan jari ketiganya yang panjang dan halus untuk mengeluarkan serangga pengorek dari lubang di dalam batang pokok. Pada siang hari, aye-aye bersembunyi di sarangnya daripada ranting yang dibina dalam pokok di hutan. Aye-aye adalah spesies yang terancam. Pertumbuhan kampung memusnahkan hutan yang diperlukan oleh haiwan ini untuk hidup. Kerajaan Madagascar melarang pemburuan aye-aye, dan mewujudkan beberapa hutan simpanan untuk melindungi spesies ini. Pengelasan saintifik. Aye-aye ialah ahli order Primat. Ia membentuk familinya sendiri, Daubentoniidae merupakan satu spesies Daubentonia madagascarienis . | UMUM | |
| SESSHU | Sesshu (1419–1506), sami Buddha, yang merupakan pelukis landskap Jepun yang paling masyhur dalam tradisi lukisan dakwat Cina. Gaya lukisannya mudah dikenali melalui gubahan yang begitu menonjol, lukisan yang begitu berpengaruh dengan mengetepikan unsur permodelan yang halus. Mahakaryanya ialah satu gulungan panjang lukisan yang menggambarkan pemandangan sungai di China. Sesshu mempelajari seni lukis dengan mengkaji karya pakar lukisan dakwat Cina tahun 1200-an. | UMUM | |
| SALUKI | Saluki, juga dinamakan anjing perburuan gazel , dipercayai sebagai anjing baka jati yang tertua di dunia. Anjing ini dibiakkan di Timur Tengah lebih kurang pada tahun 5000 S.M. Satu daripada anjing yang terpantas, saluki pernah digandingkan dengan burung lang untuk memburu gazel. Mangsa diterkam oleh lang dan saluki menekan mangsa sehingga pemburu sampai. Saluki mempunyai bulu licin, halus dengan jumbai bulu yang panjang di telinga, kaki dan pahanya. Tingginya 58 sentimeter hingga 70 sentimeter pada paras bahu dan beratnya dari 13 kilogram hingga 30 kilogram. Lihat juga Anjing (gambar: Anjing perburuan). | UMUM | |